Bab 7 : Pengurusan Sumber

PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Definisi Pengurusan Sumber
Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Pengurusan

Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Proses  perancangan - sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.

Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.

Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.

Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.


Sumber
Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan  dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier. Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding. Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.


Kepentingan Sumber
1. Media komunikasi
üKomunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
üDisalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
üGuru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima

2. Sebagai ransangan
üMurid lebih minat belajar
üBahan sebagai ransangan utama murid
üMemahami sesuatu dengan lebih mendalam
üTumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting

3. Penjelasan makna dan konsep
üDapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
üBoleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
üSeperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
üMengembangkan corak pemikiran murid

4. Penggerak penggunaan pelbagai media
üMelibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
üGuru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
üDeria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran

5. Sumber pengalaman
üMemberi pengalaman langsung dan tidak langsung
üPengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
üLebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
üUntuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid



JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN

Pusat Sumber Pertama:
Perpustakaan

Konsep Pusat Sumber
ØPusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
ØPusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
ØPusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektif Pusat Sumber
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan


FUNGSI PUSAT SUMBER
ØMenyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
ØBerperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
ØSebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
ØSebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
ØMenganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.



Pusat Sumber Kedua: Makmal Sains

Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains. Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal. Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan


Kepentingan Makmal Sains
♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar.
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif.
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai.
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan.

ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS

♥ Keceriaan makmal sains
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥ Keselamatan makmal sains


TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku.
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman.
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah.
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera.
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan.
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah


Pusat Sumber Ketiga: Makmal Komputer
1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.


Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

1. Pengurusan Makmal Komputer
- Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

2. Peraturan Makmal Komputer
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

3. Senarai Keselamatan Pengguna
- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti.
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.

4. Aspek Keselamatan Perkakasan
- Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.

No comments:

Pembimbing Rakan Sebaya

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Pembimbing rakan sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asa komunikasi ...