KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING KANAK-KANAK
PENGENALAN
Kanak-kanak
hadir ke sesi terapi dengan berbeza masalah dan personaliti. Jadi
kaunselor perlu memilih kaedah atau
pendekatan yang paling terbaik mengikut
kesesuaian kanak-kanak tersebut. Terdapat beberapa kemahiran asas kaunseling
yang boleh dijadikan panduan berguna kepada kaunselor untuk menjalankan sesi
atau terapi dengan kanak-kanak ini. Ini secara tidak langsung akan menjadikan
matlamat kaunselor untuk membantu kanak-kanak ini akan lebih mudah tercapai.
OBSERVATION / PEMERHATIAN
Pemerhatian
berlaku pada peringkat permulaan lagi dengan kaunselor memerhatikan hubungan
kanak-kanak dengan kedua ibu bapa mereka. Perhatikan bagaimana tingkah laku
kanak-kanak tersebut apabila ditinggalkan oleh ibu bapa mereka untuk menjalani
sesi/terapi dengan kaunselor. Maklumat pemerhatian sangat penting untuk
membantu kaunselor membuat keputusan bagaimana untuk membantu kanak-kanak
tersebut dan secara tidak langsung ianya dapat membantu memudahkan perjalanan
sesi/terapi pada masa akan datang.
Salah
satu cara pemerhatian yang terbaik ialah dengan melihat tindak balas
kanak-kanak dengan melakukan gangguan semasa mereka sedang bermain.Namun begitu
terdapat 8 aspek utama yang boleh dijadikan panduan oleh kaunselor apabila
menjalankan pemerhatian terhadap kanak-kanak.
1.0 Membuat
pemerhatian terhadap penampilan umum
Penampilan
umum boleh diperhatikan dengan cara kanak-kanak tersebut berpakaian adakah
terlihat kemas atau selekah, adakah keadaan diri kanak-kanak dilihat terurus
atau kelihatan terbiar. Perhatikan juga keadaan fizikal kanak-kanak. Adakah
kanak-kanak tersebut adalah individu yang normal atau mempunyai kecacatan
fizikal. Perkara lain yang boleh diperhatikan juga adalah saiz tubuh badan dan
ketinggian kanak-kanak tersebut.
2.0
Pemerhatian terhadap tingkah laku
Perhatikan
sama ada kanak-kanak bersifat defensif, agresif atau responsif apabila
bersama dengan kaunselor. Adakah tingkah
laku kanak-kanak dilihat berhati-hati, suka membuat bising, tidak senang duduk,
suka melakukan sesuatu untuk menarik perhatian kaunselor dan sebagainya.
Perhatikan juga adakah kanak-kanak ada menggunakan mekanisme helah bela diri
apabila bersama dengan kaunselor.
3.0 Pemerhatian
terhadap mood atau perasaan
Pemerhatian
terhadap mood atau perasaan klien dapat memberi petunjuk terhadap keadaan emosi
klien.Perhatikan sama ada kanak-kanak berada dalam mood gembira, sedih,
tertekan, teruja, risau, gementar dan lain-lain yang berkaitan. Kadang kala
tingkah laku kanak-kanak akan memberi maklumat terhadap emosi kanak-kanak.
Contohnya, apabila kanak-kanak mencampakkan barang-barang permainan mungkin itu
menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sedang berasa marah. Pemerhatian
terhadap mood atau perasaaan ini penting untuk memerhatikan sama ada terdapat
sebarang perubahan emosi sepanjang tempoh sesi dijalankan dan juga bagi
membantu kanak-kanak menyedari tentang perasaan yang sedang mereka alami.
4.0 Pemerhatian
terhadap fungsi intelektual dan proses berfikir
Bagi
kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 tahun, indikator untuk mengukur
fungsi intelektual mereka boleh dilakukan dengan meminta kanak-kanak melakukan padanan gambar (puzzle), meminta
mereka menamakan anggota badan dan melihat sama ada mereka mengenali jenis-jenis warna. Bagi kanak-kanak
yang lebih berusia pula, perbualan umum boleh dijadikan indikator pengukur bagi
melihat kebolehan kanak-kanak berfikir dan bertindak balas. Kaunselor juga
perlu peka jika kanak-kanak dilihat menunjukkan sebarang simptom abnormal
seperti mengalami delusi atau halusinasi.
5.0 Pemerhatian
terhadap ucapan dan bahasa
Perbualan
dengan kanak-kanak membolehkan kaunselor membuat penilaian tentang kemahiran
ucapan dan bahasa yang dimiliki kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang mungkin masih
pelat ketika bercakap, gagap, menggunakan bahasa-bahasa tertentu apabila
berkomunikasi dan sebagainya.
6.0 Pemerhatian
terhadap kemahiran motor
Kemahiran
motor perlu diperhatikan semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti dalam
bilik terapi. Perhatikan sama ada kanak-kanak banyak dilihat duduk, banyak
berjalan, atau berlari. Perhatikan juga cara kanak-kanak bergerak sama ada
secara mudah atau sukar.
7.0 Pemerhatian
ketika masa bermain
Kanak-kanak
mungkin bermain berbeza permainan berdasarkan faktor umur dan tahap
perkembangan mereka. Kaunselor boleh memerhatikan sama ada kanak-kanak selesa
bermain permainan yang sama (sterotaip), atau kanak-kanak tersebut suka bermain
dengan banyak permainan dalam satu-satu masa (kreatif). Pemilihan permainan
juga dikatakan boleh menjadi pengukur kepada tahap kematangan kanak-kanak.
Perhatikan juga adakah terdapat unsur imaginasi dan fantasi semasa mereka
bermain.
8.0 Pemerhatian
terhadap hubungan dengan kaunselor
Yang
terakhir, ialah pemerhatian terhadap hubungan dengan kaunselor. Aspek yang
boleh diperhatikan adalah penerimaan kanak-kanak terhadap kaunselor sama ada
secara positif atau negatif. Perkara lain yang perlu diberi perhatian berkaitan
dengan isu transference. Transference ialah keadaan di mana
klien/kanak-kanak melihat kaunselor sebagai individu yang signifikan dengannya.
Transference boleh mengganggu proses
kaunseling untuk berjalan dengan lancar.
PENDENGAR
YANG AKTIF
1.0 Padanan bahasa badan
Padanan bahasa badan merupakan salah satu
kemahiran asas dalam kaunseling kanak-kanak. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran
terbaik dalam membina hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien.
Antara contoh yang dapat menerangkan aspek
kemahiran padanan bahasa badan adalah “klien duduk di atas lantai, maka
kaunselor perlu duduk bersama klien”. Selain itu, padanan kelajuan nada suara
juga merupakan salah satu aspek yang terdapat semasa kaunselor mengaplikasikan
kemahiran asas ini di dalam sesi kauseling bersama klien kanak-kanak. Sebagai
contoh, “jika klien bercakap dengan pantas, maka kaunselor perlu memberikan maklum
balas yang sama”
2.0 Padanan pandangan mata
Padanan pandangan mata merupakan kaedah dalam
kemahiran asas dalam menjalankan sesi kaunseling bersama kanak-kanak. Namun,
pengaplikasian kemahiran ini perlu melihat kepada situasi klien yang menjalani
sesi kaunseling bersama kaunselor. Ini kerana terdapat kanak-kanak yang akan
merasa selesa jika seseorang individu yang baru dikenali merenung mata mereka.
Namun terdapat juga kanak-kanak yang akan merasa selesa terhadap tingkah laku
tersebut. Mereka malah akan merasakan diri mereka diterima oleh kaunselor
semasa proses sesi kaunseling berlangsung.
Sebagai contoh, kaunselor boleh melihat
tingkah laku kanak-kanak semasa sesi berlangsung dimana kanak-kanak bermain
sesebuh permainan sambil merenung wajah kaunselor. Ini menunjukkan bahawa klien
berasa selesa dan tidak merasa terancam terhadap tingkah laku kaunselor semasa
sesi berlangsung. Manakala sebaliknya, jika klien kanak-kanak bercerita atau
bercakap sambil bermain mainan yang ada di dalam bilik kaunseling ianya
menunjukkan bahawa klien tidak berasa selesa jika wajah dan mata mereka
direnung oleh kaunselor di dalam sesi.
3.0 Penggunaan maklum balas yang minima
Penggunaan kemahiran memberikan maklum balas
yang minima merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan
klien meluahkan isi hati mereka. Dengan adanya penggunaan kemahiran ini ianya
dapat menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatiannya
di dalam sesi yang sedang berlangsung bersama klien. Keadaan ini dapat
menunjukkan bahawa klien akan merasa dirinya diterima dan dihargai oleh
kaunselor di dalam sesi tersebut.
Terdapat dua jenis kemahiran dalam memberikan maklum balas minima iaitu,
secara non-verbal dan secara verbal. Maklum balas secara non-verbal merujuk
kepada aspek penggunaan bahasa badan iaitu, menganggukkan kepala dan memberikan
senyuman (raut wajah). Manakala maklum balas secara verbal merujuk kepada
penggunaan ayat yang pendek iaitu, “yes, ok dan hmm”.
4.0 Kemahiran membuat refleksi
Kemahiran asas dalam kaunseling kanak-kanak
yang seterusnya adalah kemahiran membuat refleksi di dalam sesi kaunseling
berlangsung. Di dalam menjalankan sesi kaunseling bersama kanak-kanak ianya
menunjukkan bahawa hanya terdapat 3 jenis refleksi sahaja yang digunakan oleh
kaunselor.
Pertama, kemahiran parafrasa yang merujuk
kepada aspek kemahiran pengulangan ayat klien tanpa mengubah makna asal apa
yang telah dikongsikan oleh klien di dalam sesi kaunseling bersama kaunselor.
Tujuan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan
kaunselor faham dengan apa yang dinyatakan oleh klien.
Contoh
kemahiran parafrasa:
Klien:
“Ayah dan Ibu saya sentiasa sibuk dengan
kerja mereka, Ayah dan Ibu saya jarang berada di rumah jika mereka berada di
rumah mereka tidak akan tidak akan meluangkan masa mereka untuk saya”
Kaunselor:
“Sepertinya Ayah dan Ibu Ali tidak meluangkan
masa yang banyak bersama Ali”
Kedua, kemahiran
refleksi perasaan merujuk kepada cerminan kaunselor terhadap perasaan yang
dialami dan yang diluahkan oleh klien. Di dalam kemahiran ini kaunselor membuat
pernyataan semula tentang perasaan, sikap dan tingkah laku klien semasa bermain
apa-apa barang/permainan. Tujuan penggunaan kemahiran ini adalah untuk memberikan
fokus kepada klien mengenai perasaan yang dialami dan memberikannya peluang
kepada klien mengeluarkan perasaannya dengan cara baik serta memberikan
kelegaan kepada klien.
Contoh kemahiran membuat refleksi perasaan:
Klien:
“Setiap kali saya meminta kebenaran untuk
pergi ke rumah Makcik saya, Ibu saya tidak akan memberikan kebenaran”
Kaunselor:
“Ali kecewa… atau Ali marah…”
**Bergantung kepada isi dan tingkah laku
non-verbal klien
Ketiga, merujuk
kepada kemahiran membuat refleksi isi dan perasaan iaitu merupakan gabungan di
antara refleksi isi dan refleksi perasaan. Dengan adanya kemahiran dalam
membuat refleksi ini ianya akan dapat membantu kaunselor menjalankan sesi
dengan klien dengan baik dan secara tidak langsung akan dapat membantu klien
merasakan dirinya diterima dan tidak merasa terasing sepanjang sesi kaunseling
berlangsung. Ini kerana untuk melihat sama ada seseorang kaunselor itu empati
apabila kaunselor itu dapat mengaplikasikan kemahiran dalam membuat refleksi dengan
baik semasa sesi berlangsung.
Contoh refleksi isi dan perasaan:
Klien:
“Saya dan Ayu sentiasa bermain bersama-sama
dengan anak-anak patung ini, tapi sekarang Ayu sudah pergi ke syurga. Saya
tidak dapat bermain bersama Ayu, sebab dia telah pergi ke syurga”
Kaunselor:
“Ali sedih kerana Ali tidak boleh bermain
bersama Ayu lagi”
5.0 Kemahiran membuat rumusan
Kemahiran membuat rumusan
adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan
perasaan-perasaan yang telah diluahkan oleh klien. Tujuan kemahiran ini adalah
untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan kesedaran diri klien dalam proses
sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien. Kemahiran dalam membuat rumusan
terbahagi kepada dua iaitu, rumusan kecil dan rumusan besar.
Pertama, rumusan kecil
merujuk kepada kemahiran yang akan membantu klien dan kaunselor mengingati
kembali apa yang telah dibincangkan. Rumusan kecil ini bertujuan untuk menyemak
semula apa yang telah dibincangkan di dalam sesi yang sedang berlangsung.
Kedua, rumusan besar adalah kemahiran yang akan dibuat semasa di akhir sesi dan
permulaan sesi selepas sesi pertama dijalankan. Tujuan untuk membuat rumusan
besar adalah untuk membantu klien mengingati kembali dan memastikan ketepatan
perkara yang telah difahami oleh kaunselor.
MEMBANTU KANAK-KANAK MENCERITAKAN
MASALAH MEREKA
Pengenalan
Kebanyakkan
kanak-kanak yang datang menjalani sesi kaunseling mengalami masalah yang
terlalu sukar untuk mereka hadapi. Kadang-kadang mereka tahu tentang masalah
ini tetapi mereka pilih untuk simpan atau pendam tanpa mereka sedari . Jika
kanak-kanak mula sedar, kaunselor perlu memainkan peranan dalam memberi
kesedaran tentang masalah mereka ini dengan kemahiran dan kasih sayang, supaya
kanak-kanak tersebut mampu berhadapan dengan isu ini dan tidak memberi trauma
kepada mereka.
Selain
itu, kanak-kanak juga mahir dalam mengelak daripada tekanan emosi dan mengelak
daripada isu-isu yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Walau
bagaimanapun , untuk terapi yang berhasil, kanak-kanak perlu fokus kepada
isu-isu berkaitan yang meningkatkan kesedaran mereka dan perlu merasai
kesakitan itu sendiri. Secara umumnya, kanak-kanak akan fokus kepada isu-isu
dan emosi yang berkaitan dengan kisah mereka, jika kaunselor menggunakan
kemahiran kaunseling yang sesuai. Jadi kanak-kanak akan sedar tentang isu
berkaitan dengan masalah mereka.
Oleh
disebabkan, kanak-kanak sukar becakap dengan orang dewasa secara bebas tentang
masalah mereka, kaunselor bukan sahaja perlu mengajak kanak-kanak berkongsikan
kisah mereka, malah perlu mewujudkan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak
meneruskan cerita mereka walaupun terlalu sukar dan perit bagi mereka. Antara
persekitaran terapeutik yang boleh digunakan kaunselor adalah pemerhatian dan
pendengaran yang aktif, soalan, pernyataan dan media.
1.0 Pemerhatian
dan pendengaran yang aktif
Persekitaran
ini telah diterangkan di dalam bab 8 dan 9. Ia amat berguna dalam kedua-dua
iaitu mengajak dan membolehkan kanak-kanak itu menceritakan kisah mereka.
2.0 Penggunaan
soalan
Secara
umumnya, kanak-kanak tinggal di dunia
dimana orang dewasa menjangkakan mereka perlu menjawab banyak
soalan.Walaubagaimanapun, jika kita memerhati kanak-kanak semasa mereka
bermain, mereka akan jarang bertanyakan soalan malah mereka akan membuat
pernyataan tentang apa mereka lakukan atau memerhati apa yang kawan-kawan
mereka lakukan. Apabila mereka berhadapan dengan orang dewasa, mereka perlu
menjawab banyak soalan dari mereka. Hal ini menyebabkan, kanak-kanak berasa
tekanan untuk memberi jawapan dan merasakan jawapan yang diberikan adalah
betul. Mereka merasakan jawapan yang diberi adalah sesuai kepada soalan
tersebut. Jadi, jawapan yang diberi kanak-kanak tidak pasti adalah betul atau
tidak, menyebabkan kita tidak dapat mengetahui apa pengalaman dan fikiran
mereka. Akibatnya, jika kaunselor sentiasa berpandukan pada soalan sahaja,
kaunselor mungkin tidak dapat temui apa yang kanak-kanak itu fikir atau apa
yang dialaminya, malah mendapat jawapan yang mengelirukan yang tidak berguna
dalam proses terapeutik.
Soalan
mengandungi dua jenis iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup
adalah soalan yang menjurus kepada jawapan spesifik. Selalunya, jawapannya
adalah pendek kerana soalan tertutup menjurus kepada jawapan seperi “Ya” dan
“Tidak” atau jawapan maklumat spesifik yang ringkas seperti “Dua Puluh Tahun”.
Antara contoh soalan tertutup adalah “Adakah awak sudah makan?”, “Awak suka
bermain? dan “Adakah awak ramai kawan di sekolah?”.
Jenis
soalan terbuka pula adalah memberikan kesan yang sangat berbeza. Hal ini
demikian kerana, soalan ini menyediakan ruang yang lebih bebas untuk
kanak-kanak meneroka perasaan dan isu mereka. Antara contoh soalan terbuka
adalah “Bagaimana awak datang ke sini?”, “Boleh awak ceritakan keluarga awak?”
dan “Apakah awak rasa tentang mainan ini?”. Soalan terbuka ini membolehkan
kanak-kanak berfikir secara bebas tentang soalan dan mengajak kanak-kanak untuk
memberikan jawapan yang penuh dan luas tanpa mengetahui agenda kaunselor.
Jawapan secara meluas dan banyak boleh diberikan oleh kanak-kanak kepada
kaunselor jika kaunselor memberikan soalan terbuka. Soalan terbuka juga
membolehkan kanak-kanak bercakap tentang apa yang dia minat dan penting baginya
dan bukannya untuk kaunselor.
Kaunselor
juga perlu mengelakkan daripada bertanyakan soalan bermula dengan “Kenapa”. Hal
ini demikian kerana, membuatkan kanak-kanak berasa terancam menyebabkan mereka
memberi jawapan untuk melarikan diri mereka daripada dimarahi dan juga boleh
dikategorikan sebagai alasan. Sebagai contohnya, “Kenapa awak datang lambat
hari ini?”. Dengan itu, kaunselor perlu pandai mewujudkan persekitaran
terapeutik dengan menggunakan soalan yang betul. Sebelum menanyakan soalan
kaunselor perlu berfikir sama ada dia memerlukan maklumat daripada jawapan itu
atau tidak.
3.0 Penggunaan pernyataan
Pernyataan
dibuat oleh kaunselor dalam membantu kanak-kanak untuk masih terus dalam
keadaan menceritakan kisah mereka, dan membantu meningkatkan kesedaran tentang
pentingnya isu dan kaitan dengan perasaan. Pernyataan boleh digunakan dalam
beberapa cara antaranya adalah pernyataan memberikan kebenaran mereka untuk
merasai dan meluahkan perasaan. Contohnya, kaunselor berkata kepada kanak-kanak
yang tengah marah dan bercakap perlahan “Apabila saya marah saya akan bercakap
dengan kuat”. Ini memberikan kebenaran kepada mereka untuk berhubung dengan
kemarahan dan luahkannya.
Selain itu, pernyataan membantu kaunselor
memberi idea apa yang mungkin akan berlaku terhadap kanak-kanak pada masa itu.
Contohnya, kaunselor mungkin syak kanak-kanak itu berasa malu dan bercakap
“Jika saya jadi awak, saya akan berasa malu”. Di samping itu, pernyataan
memberikan kaunselor alat untuk mengesahkan kekuatan kanak-kanak itu.
Contohnya, kaunselor mungkin cakap “Kamu mesti sangat berani melakukan itu”.
Hal ini membolehkan kanak-kanak tahu dia seorang yang kuat.
Seterusnya,
penyataan yang boleh digunakan untuk memberikan tindak balas tentang apa yang
kanak–kanak itu lakukan. Sebagai contohnya, kaunselor itu mungkin cakap “Saya
nampak awak buat gua menggunakan tanah liat”.Tindakbalas ini mengajak
kanak-kanak itu bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan. Selain itu,
pernyataan yang boleh menekankan situasi penting yang berlaku sewaktu aktiviti.
Sebagai contohnya, kanak-kanak itu sukar untuk memilih alat untuk bermain,
kaunselor boleh membuat pernyataan dengan bercakap,“Awak mempunyai masalah yang
sukar untuk memilih objek” atau “Ia sangat sukar untuk awak mencari objek yang
awak mahu”. Dengan membuat pernyataan ini, kaunselor memberikan tindakbalas
tentang perangai sebenar yang ada pada kanak-kanak itu.
Akhirnya,
pernyataan yang digunakan untuk meningkatkan kesedaraan kanak-kanak tentang
elemen aktiviti mereka. Sebagai contohnya, jika kanak-kanak bermain dengan
patung dan patung tersebut selalu disembunyikan oleh kanak-kanak tersebut.
Kaunselor boleh bercakap dengan kanak-kanak itu “Patung itu selalu disorokkan
mungkin ada yang ingin menangkapnya”. Pernyataan ini juga membolehkan
kanak-kanak itu menceritakan tentang apa yang dia buat dan seterusnya boleh
mengaitkan dengan kisah sebenarnya.
4.0 Penggunaan
media
Kemahiran
kaunseling dan media digunakan bersama untuk membantu kanak-kanak menceritakan
kisah mereka dan juga meningkatkan kesedaran kanak-kanak terhadap situasi
semasa dan situasi yang belum selesai. Media menyediakan kanak-kanak dengan
aktiviti yang menarik minat dan menolong mereka untuk terus fokus seperti
lukisan, permainan patung dan sebagainya. Mereka akan menceritakan kisah mereka
secara langsung atau tidak langsung. Media juga membolehkan kanak-kanak
berhubung dengan perasaan dan meluahkan perasaan mereka.
Sewaktu proses terapeutik, kaunselor akan
mengajak kanak-kanak bercakap bagaimana perasan mereka menggunakan media dan
akan terus fokus kepada apa yang mereka buat pada media itu. Seterusnya, fokus
mereka kepada aktiviti melibatkan media akan beralih kepada situasi sebenar
kanak-kanak itu dan perkara-perkara yang belum selesai. Kadang-kadang, apabila
kanak-kanak sedang menggunakan media dan menceritakan kisah mereka melalui
media, ia sesuai untuk kaunselor bertanya terus seperti, “Adakah ia sama dengan
keadaan hidup awak?” atau “Adakah ini seperti sesuatu yang berlaku pada awak?”
Kanak –kanak akan merasakan situasi yang berlaku oleh media adalah sama dengan
situasi yang berlaku dalam kehidupan mereka. Apabila berlaku begini,
kanak-kanak mungkin akan menjadi sangat pendiam dan daripada itu kaunselor
boleh mula untuk bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat.
Selain
itu, kaunselor juga boleh bertanyakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan
situasi kanak-kanak itu. Sebagai contohnya, jika kanak-kanak itu sedang leka
menceritakan tentang rasa bahagia atau keseronokan, kaunselor boleh mencelah
dengan bercakap “Mungkin hidup awak tidak seronok seperti itu” untuk mengetahui
sedikit sebanyak maklumat tentang kanak-kanak itu. Seterusnya, kaunselor juga
boleh mendapatkan maklumat daripada melihat intonasi, pergerakan tubuh badan,
perubahan muka, pernafasan dan keadaan senyap kanak-kanak itu. Sebagai
contohnya, apabila kanak-kanak itu tiba-tiba mengeluh, kaunselor boleh bertanyakan
kepada kanak-kanak itu kenapa dia mengeluh. Di samping itu, membantu
kanak-kanak dalam terus berhubung dengan perasaan dan emosi membolehkan mereka
berhubung dengan perasaan emosi yang mereka alami.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kaunselor boleh membantu kanak-kanak menceritakan kisah mereka dan juga
berhubung dengan isu yang penting dan perasaan dengan mewujudkan persekitaran
yang membolehkan mereka menceritakan kisah mereka. Jadi, penggunaan soalan,
pernyataan dan media memang amat membantu kaunselor untuk mendapatkan maklumat
daripada kanak-kanak. Oleh itu, di dalam semua proses ini kaunselor boleh
mendapat melakukan salah satu cara ini iaitu mengalakkan kanak-kanak
menceritakan apa yang dia sedang buat dalam sesi terapi. Seterusnya, membantu
kanak-kanak kaitkan pengalaman sekarang di terapi dengan isu lepas. Di samping
itu, mengalakkan kanak-kanak meneroka isu penting yang tidak selesai.
Seterusnya, mengalakkan kanak-kanak merasai dan meluahkan perasaan emosi.
Akhirnya, meneroka apa yang bertentangan dan tidak ada dalam kisah kanak-kanak
ini. Dengan ini, kaunselor perlulah pandai mewujudkan persekitaran terapeutik
ini bagi membantu kanak-kanak menceritakan kisah mereka.
BERURUSAN DENGAN PENENTANGAN DAN PEMINDAHAN
1.0 Penentangan
Penentangan adalah situasi di mana klien (kanak-kanak)
mengelak daripada bercakap tentang perkara yang mendatangkan gangguan emosi
ataupun menimbulkan trauma kepada klien tersebut. Penentangan ini biasanya
berlaku apabila klien mula sedar tentang perkara yang terpendam ataupun perkara
yang boleh menyebabkan gangguan atau sakit dalam segi emosi.
Kaunselor boleh mengesan kejadian penentangan ini bila
klien mula bekelakuan personality yang berbeza daripada personalitinya pada
awal-awal sesi. Apabila klien menjadi sekat, kaunselor boleh mula sedar bahawa
klien sedang memesongkan diri daripada bercakap tentang perkara yang berkaitan
dengan isu yang menyakitkan klien tersebut. Tanda-tanda klien melakukan
penentangan adalah seperti tiba-tiba menjadi diam dan berundur daripada
perbualan dengan kaunselor atau klien juga akan mula menjadi buas dan bising.
Penentangan ini dikatakan berlaku apabila klien dalam keadaan sedar atau ia
boleh juga berlaku tanpa klien sedar dan proses in berlakuk dalam keadaan klien
yang bawah sedar.
Seterusnya, daripada menjauhi atau mengelak daripada
bercakap tentang isu yang menyakitkan atau membawa trauma kepada klien, dia
haruslah mengharungi penentangan dia supaya dapat menghilangkan isu yang
menyakitkan klien. Kaunselor harus ingat untuk mengelakkan daripada memaksa
klien untuk bercakap tentang penentangannya kerana ini boleh menyebabkan klien
untuk berasa gelisah dengan kaunselor, menyebabkan klien untuk berasa tidak
selamat dan juga menghentikan komunikasi yang bermakna.
Sekiranya kanak-kanak boleh teruskan dengan sesi,
kaunselor bolehlah bertanya soalan tentang penentangan tersebut dan membantu
kanak-kanak untuk mengharunginya. Hal ini supaya kanak-kanak tidak menyimpan
penentangan itu dan menghadapi dengan ketakutannya dan akhirnya mengharungi penentangannya.
Namun, jika kanak-kanak terus untuk menghindari kaunselor haruslah menukarkan
media yang digunakan kepada media yang berbeza. Penukaran ini mampu memberi
masa kepada kanak-kanak untuk menerima apa yang berlaku dan juga memberi
pendekatan baru kepada kanak-kanak untuk bercakap tentang kisah mereka dan cara
kaunselor boleh membantunya.
Bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bercakap tentang
halangan mereka, kaunselor boleh menggunakan cara ini iaitu membantu
kanak-kanak berhadapan dengan halangannya dan bukan menghindarinya. Selain itu,
kaunselor juga perlu meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kewujudan
penentangan tersebut untuk meneruskan sesi. Apabila kanak-kanak sedar akan
penentangan tersebut, kaunselor harus mengenal pasti apa penentangan yang
dihadapi kanak-kanak dan memberi maklum balas kepada kanak-kanak semasa
kanak-kanak bercakap tentang penentangannya dan dengan cara ini, kaunselor akan
menyokong ketakutan kanak-kanak dan ini akan memberitahu kanak-kanak bahawa
ketakutannya adalah perkara yang biasa dan kanak-kanak berhak ataupun normal
untuk berasa takut.
2.0 Berurusan dengan pemindahan
Pemindahan adalah situasi semasa sesi kaunseling di
mana kanak-kanak iaitu klien melihat dan menganggap kaunselor sebagai seorang
watak dalam kehidupannya seperti ibu kanak-kanak. Pemindahan balas pula berlaku
apabila kaunselor mula melihat dan menganggap bahawa kanak-kanak adalah seorang
watak dalam kehidupannya seperti kanak-kanak itu dianggap sebagai anak sendiri.
Jika situasi pemindahan berlaku, kaunselor haruslah langkah mundur dari proses
kaunseling dan semaksimal mungkin. Kaunselor juga lebih baik merujuk kepada
penyelia tentang pemindahan untuk berurusan dengan berkesan jika pemindahan
balas berlaku. Semasa sesi kaunseling sedang berlangsung, kaunselor harus
berhati-hati supaya boleh kekal tabah dan secara objektif untuk mengelakkan
daripada berkelakuan sebagai seorang ibu bapa. Kaunselor juga boleh
meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak terhadap proses pemindahan.
Dalam pemindahan
terdapat dua dimensi di mana sesuatu imej akan diunjurkan kepada kaunselor.
Dimensi-dimensi ini melibatkan pengalaman kanak-kanak sendiri dan juga fantasi
seperti ibu baik dan ibu jahat. Pemindahan yang berkaitan kepada bentuk ibu
berlaku dengan kaunselor wanita dan jika kaunselor merupakan seorang lelaki,
kaunselor itu akan dianggap sebagai bapa. Contoh pemindahan di mana kaunselor
adalah ibu, kanak-kanak akan mempunyai harapan bahawa kaunselor akan memenuhkan
keperluannya yang kaunselor tidak boleh.
Sebaliknya, jika
pemindahan balas berlaku pula kaunselor akan mempunyai keinginan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak seperti melindungi dan mengasuh kanak-kanak. Namun jika
kaunselor bersikap seperti itu, ini akan mempunyai kekecewaan yang berjangka
panjang dan dialihkan daripada berhadapan dengan isu yang menyakitkan kerana
tidak dapat memenuhi keperluannya oleh ibu kandungnya.
Selain itu, jika
kaunselor dianggap dan difantasikan sebagai ibu jahat kanak-kanak akan
menunjukkan kelakuan negatif ibu kandungnya kepada kaunselor. Kanak-kanak
mungkin akan bertindak garang atau kasar dan pemindahan balas akan menyebabkan
kaunselor menjadi marah kepada kanak-kanak. Situasi alternatif yang mungkin
akan berlaku adalah kanak-kanak akan mula menjadi diam, submissive atau patuh
kepada kaunselor yang boleh menyebabkan kaunselor menjadi tidak sabar kepada
kanak-kanak dalam situasi pemindahan balas.
Oleh itu, kaunselor
haruslah berkelakuan sesuai apabila berhadapan dengan pemindahan dan pemindahan
balas seperti menyedari dan menguruskan perasaan sendiri dan isu yang timbul
oleh kelakuan kanak-kanak. Seterusnya, kaunselor mestilah bertahan daripada
berkelakuan dan membalas sebagai seorang ibu bapa dan cuba untuk kekal objektif
semasa sesi kaunseling. Kaunselor juga boleh meningkatkan kesedaran kanak-kanak
terhadap proses pemindahan tersebut seperti berkata “kamu ini macam hendak saya
menjadi seorang ibu baik kepada kamu” atau “saya berasa hairan, kamu ini marah
dengan saya sebab kamu ingat saya adalah ibu kamu”.
Akhir sekali, kaunselor
boleh gunakan situasi untuk mengkaji persepsi kanak-kanak terhadap hubungan ibu
dan anak pada umunya kemudian melihat kepada hubungan kanak-kank dengan ibunya
di rumah. Dengan menggunakan cara-cara ini semasa berhadapi dengan proses
pemindahan dan pemindahan balas, kaunselor boleh mengelakkan daripada
berlakunya kesilapan yang boleh menyakitkan klien dan juga kaunselor dalam sesi
kaunseling.
Ia tidak boleh
dielakkan bahawa proses pemindahan ini boleh berlaku semasa sesi kaunseling
dengan kanak-kanak. Dengan itu, kewaspadaan dalam sesi kaunseling amat penting
untuk diamalkan oleh kaunselor supaya isu kanak-kanak sentiasa dijadikan
kepentingan dalam sesi kaunseling.
MENCABAR
PEMIKIRAN YANG MEROSAKKAN
1.0 Reframing
Reframing adalah bertujuan bagi mengubah pandangan
seorang kanak-kanak dalam melihat sesuatu situasi yang dialami olehnya. Teknik
ini dilakukan dengan menerima gambaran kanak-kanak tersebut dan seterusnya
mengembangkan gambaran tersebut dengan memberikan informasi-informasi tambahan.
Perkara ini dilakukan bagi membantu kanak-kanak tersebut mengubah persepsi
mereka itu secara berbeza dan lebih konstruktif.
Sebagai contoh; seorang kanak-kanak yang mengadubahawa
abangnya sering meminta dirinya untuk mengemas bilik. Kaedah reframing ‘Adakah
terdapat kemungkinan abang kmu itu prihatin dan sayang kepada kamu, dan ingin
melindungi kamu daripada bahaya atau permasalahan disebabkan bilik kamu yang
bersepah?.
2.0 Normalizing
Kadangkala kesedaran bahawa sesuatu permasalahan tidak
sahaja berlaku kepada seorang kanak-kanak itu sahaja, sebaliknya turut berlaku
kepada kanak-kanak yang lain. Pemberian maklumat ini adalah disebut sebagai normalizing/ penormalan. Memberikan
kesedaran kepada kanak-kanak bahawa sesuatu perkara yang berlaku kepadanya
adalah sesuatu yang normal dan turut berlaku kepada orang lain.
Contoh;
seorang kanak-kanak daripada keluarga yang bercerai. Kaunselor boleh
menggunakan teknik ini seperti “banyak kanak-kanak di luar sana yang percaya
bahawa perceraian berlaku disebabkan oleh diri mereka”. Apabila melakukan teknik ini, adalah penting
kepada kaunselor menerima perasaan kanak-kanak dan tidak memberikan
ketidakselesaan kepada mereka.
MEMBANTU
MELAKUKAN PERUBAHAN
Bagi membantu perubahan dari segi tingkahlaku, pemikiran,
dan emosi seseorang kanak-kanak, kanak-kanak tersebut perlu menilai dan
mencabar konsep pemikiran yang merosakkan tersebut. Kanak-kanak tersebut juga
perlu dibantu bagi menerima segala perkara yang berlaku yang membawa kepada kerosakan
emosinya tersebut. Disebabkan oleh
pengalaman lampau, kanak-kanak itu mungkin akan membentuk
tingkahlaku-tingkahlaku yang tidak sesuai atau tiak dapat diterima bagi dirinya
dan juga bagi orang lain seperti tingkahlaku seperti terlalu mengikut, agresif,
regresif dan sebagainya lagi.Sokongan daripada persekitaran adalah ssuatu yang
sangat penting didalam perubahan bagi kanak-kanak.
Didalam
melakukan perubahan, kanak-kanak akan menghadapi permasalahan dari pelbagai
sudut, seperti penerimaan orang, penerimaan dirinya sendiri terhadap suatu
tingkah laku yang baru, kesediaan dalam melakukan perubahan, dan sebagainya
lagi. Konflik-konflik ini perlu dijelaskan semula kepada kanak-kanak dengan
teknik, dan kaedah-kaedah yang bersesuaian. Kanak-kanak perlu sedar bahawa
setiap perkara terdapat risikonya yang tersendiri, samada dia mengekalkan
tingkahlaku atau pemikiran tersebut atau melakukan perubahan terhadap tingkah
laku tersebut. Sekiranya dia tidak melakukan perubahan, kanak tersebut perlu
sedar bahawa dia akan terus merasai pengalaman pahit tersebut, dan sekiranya
dia cuba untuk melakukan perubahan, maka dia akan mendapati cabaran-cabaran
baru yang tidak diketahui olehnya lagi pada masa akan datang. Secara umumnya,
melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, dan kanak-kanak perlu
berhadapan dengan perasaannya sendiri dan reaksi individu disekelilingnya juga.
Kesukaran
lain yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak-kanak adalah berkaitan kehilangan
atau kos yang perlu diambil didalam melakukan perubahan tersebut. Menerima
kehilangan daripada perubahan yang ingin dilakukan tersebut adalah lebih sukar
daripada kanak-kanak untuk menerima perkara positif daripada perubahan tingkah
laku tersebut. Misalnya seorang kanak-kanak yang agresif, dianggap sebagai
seorang ketua oleh rakan sebaya, dan dianggap sebagai seorang yang kuat.
Sekiranya dia melakukan perubahan kearah postif, maka mungkin dia akan
kehilangan perkara-perkara tersebut. Kaunselor perlu membantu menyedarkan klien
kepentingan perubahan tersebut terhadap dirinya sendiri berbanding kehilangan
perkara yang telah dimilikinya.
Sebahagian
kanak-kanak pula sukar untuk melakukan perubahan disebabkan mereka telah
dididik akan setiap perkara sentiasa baik atau buruk. Namun, didalam dunia
sebenar tidak semua perkara baik dan buruk adalah jelas. Seringkali manusia
perlu membuat pilihan yang berada di pertengahan. Kaunselor perlu membantu
kanak-kanak didalam membuat keputusan bagi pemilihan tingkahlaku yang
bersesuaian. Kaunselor juga perlu membantu kanak-kanak didalam berlatih sesuatu
tingkahlaku yang dipilih.
1.0 Latihan tingkah laku baharu
Kadangkala kanak-kanak berasa perlu mempunyai pelan
tindakan didalam melakukan atau mengimplimentasikan tingkah laku yang baru.
Pelan tindakan juga dapat membantu kanak-kanak dalam mengenalpasti matlamat
yang ingin dicapainya dan bagaimana matlamat tersebut dapat dicapai.
Pelan tindakan tersebut boleh mengandungi perkara-perkara
seperti;
1. mengenalpasti isu yang dihadapi oleh kanak-kanak
tersebut
2. Mencabar pemikiran dan tingkah laku negatif
3. belajar tingkah laku baharu
4. berlatih secara role play tingkah laku tersebut
5. eksperimen tingkah laku baru tersebut didalam
keluarga, sekolah, atau seting sosial
6. mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan reaksi individu
di sekelilingnya.
Didalam
membuat pelan tindakan, kaunselor perlu membantu kanak-kanak bagaimana untuk
mengimplementasikan didalam dunia sebenar. Kaunselor perlu membantu klien dalam
langkah 1 sehingga 4. Manakala bagi langkah kelima, kaunselor perlu memilih
atau mencari masa yang bersesuaian. Hal ini adalah penting bagi kanak-kanak
tersebut bersedia melakukan perubahan tersebut pada seting sebenar dan
penerimaan sekeliling terhadap tingkahlaku baru kanak-kanak tersebut juga pada
masa yang bersesuaian.
Kanak-kanak yang gagal didalam pembentukan tingkahlaku
baharu, perlu disokong dan diberikan semangat kepadanya agar mereka dapat
menerima keadaan tersebut dan tidak berputus asa dalam melakukan perubahan.
Ibubapa perlu dijelaskan oleh kaunselor akan keadaan atau perubahan tingkah
laku tersebut, dan ibubapa memainkan peranan yang penting sebagai agen sokongan
terhadap kanak-kanak tersebut.
PENAMATAN SESI KAUNSELING
Apabila
adanya permulaan pastinya ada pengakhiran. Keputusan untuk melakukan penamatan
sesi kadang-kadang boleh menjadi perkara yang sukar bagi seorang kaunselor.
Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seorang kaunselor sukar untuk
melakukan penamatan sesi.
Pertama,
disebabkan berlakunya regresi. Regresi termasuk salah satu daripada mekanisme
helah bela diri. Regresi secara mudahnya merujuk kepada makna kemunduran
kematangan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 10 tahun menunjukkan
tingkahlaku seperti kanak-kanak berusia 3 tahun dengan menangis
mengguling-guling di atas lantai. Perkara ini berlaku disebabkan kanak-kanak
mungkin berasa cemas akan pengakhiran sesi dengan kaunselor.
Kedua,
mungkin timbul isu baru daripada kanak-kanak tersebut. Ini juga menyukarkan
proses kaunselor untuk melakukan penamatan sesi dan ianya merupakan antara
perkara yang paling kerap berlaku kepada kaunselor.
Yang
terakhir, ianya datang daripada pihak kaunselor sendiri yang merasakan
kanak-kanak tersebut masih perlu menjalani sesi lanjutan. Kaunselor melihat
kanak-kanak memerlukan lebih sesi agar dapat mencapai matlamat yang dinginkan
seperti ingin melihat perkembangan yang lebih positif.
Sebagai tambahan, apabila menyentuh tentang
penamatan sesi kaunseling, ianya sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua
kategori. Pertama ialah penamatan sesi dan yang kedua ialah penamatan hubungan.
Penamatan
sesi merujuk kepada sesi yang telah selesai dijalankan, berlaku follow up oleh kaunselor terhadap klien
untuk melihat berkembangan klien dan kemungkinan berjumpa semula kaunselor
sekiranya timbul isu baru pada masa akan datang. Bagi penamatan perhubungan, ia
bermaksud sesi tidak dapat diteruskan kerana berlaku transference oleh kanak-kanak terhadap kaunselor sendiri atau
sebaliknya berlaku counter transference
oleh kaunselor terhadap kanak-kanak. Jika hal seperti ini berlaku, sesi
kaunseling dianggap tidak berjalan secara profeisonal dan kaunselor perlu
berusaha merujuk kanak-kanak atau klien kepada kaunselor lain yang dapat
membantu kanak-kanak tersebut.
No comments:
Post a Comment