Bab 5 : Pengurusan Murid

PENGURUSAN MURID

Definisi Pengurusan
Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

“… adalah proses untuk mencapai misi dan objektif organisasi melalui tindakan yang diselaraskan ahli organisasi.“ (Michael & Jones 2000)

“… adalah proses bekerja dengan orang dan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.” (Snel, Bateman, 2000)  

Definisi Murid
Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah mahu pun dalam lingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.

Abu Ahmadi (2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warganegara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu peribadi atau individu.

Pengurusan Murid
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Tujuan Mengurus Rekod Murid
1. Mantapkan sistem pengurusan murid di sekolah
2. Kemaskini profil murid
3. Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar
4. Meyediakan maklumat lengkap mengenai kemajuan pelajar dalam segala aspek perkembangan potensi (JERIS)
5. Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kebolehan anak mereka.
6. Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.


No comments:

Pembimbing Rakan Sebaya

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Pembimbing rakan sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asa komunikasi ...