1.0 Sejarah
Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak
apabila Akta Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas
yang boleh dididik, iaitu jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung
kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada
pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program
pendidikan kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini
adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab
menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak SPASTIK atau terencat. Manakala
Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti
kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
Jamila K.A Mohamed (2006), menyatakan
bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi
keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang
secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid
dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas
(1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di
sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun
kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan
sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai
masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan
murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).
Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama
iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas
Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga
program ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah.
Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk
ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar
masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di
politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.
2.0 Hubungan Kaunseling
Dengan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Perkhidmatan kaunseling juga diberikan kepada kanak-kanak kelainan
upaya. Pelbagai bidang profesion kaunseling di sekolah rendah telah dilupakan
serta dengan kekurangan pemahaman serta penghayatan contohnya, sikap, nilai,
kepercayaan. Pelbagai kemahiran yang terhad contohnya, teknik, strategi, campur tangan, dan pengetahuan. Apabila
kaunselor sekolah tidak menyediakan perkhidmatan atau program untuk menampung
keperluan kanak-kanak dengan membangunkan ketidakupayaan mereka , kanak-kanak
akan mempunyai emosi yang rendah.
Kanak-kanak kelainan upaya akan mengalami beberapa masalah berikut
sepanjang tahun usia sekolah mereka. Mereka tertakluk kepada pelbagai rintangan
dan halangan iaitu tidak diterima, diskriminasi dan pemikiran stereotaip. Dalam
sesetengah kes, kanak-kanak ini mengalami lebih daripada kebiasaanya mereka,
seperti kekecewaan dan kesukaran dalam cubaan untuk menyelesaikan isu-isu yang
dihadapi dengan aktiviti kehidupan harian. Hal ini adalah biasa untuk
kanak-kanak kelainan upaya untuk mengalami masalah kronik kerana disebabkan
oleh kebimbangan dan kemurungan. Kadang-kadang mereka mempunyai masalah akses
dan prestasi akademik di sekolah-sekolah yang boleh atau mungkin tidak ada
kaitan dengan kecacatan. Selain itu, mereka menunjukkan kelewatan perkembangan
konsep kendiri yang boleh mempengaruhi seseorang rasa harga diri, dan melihat
seseorang diri sebagaikurang pintar, rosak, lemah dan terdedah dengan pelbagai
risiko. Sejarah profesional kaunseling telah mempunyai hubungan yang terhad
dengan populasi ini untuk pelbagai sebab. Beberapa sebabnya ialah kaunselor kekurangan keyakinan dan latihan
kepada kanak-kanak kelainan upaya ini. Ada yang tidak selesa terhadap orang
kelainan upaya. Tambahan pula, kaunselor mempunyai maklumat yang salah tentang
atau prejudis terhadap mereka yang mempunyai keperluan yang luar biasa (Tucker,
Shepard & Hurst, 1986).
Walaupun kanak-kanak kelainan upaya adalah sekumpulan pelajar yang
pelbagai, masing-masing dengan mempunyai pembelajaran yang unik serta kekuatan
dan keperluan tersendiri. Kebanyakan institusiyang mempunyai latihan kaunselor tidak
mempunyai latihan yang cukup untuk pembangunan dan penyediaan perkhidmatan. Seterusnya,
kaunselor yang profesional perlu berinteraksi
dengan kanak-kanak yang kelainan upaya dengan sebaiknya yang merangkumi tingkah
laku, emosi dan mental serta fizikal. Di samping itu, pengetahuan yang terhad disediakan di bidang kaunseling
dalam kerjasama dengan pakar-pakar dan
profesional lain untuk menyediakan kanak-kanak kelainan upaya pendekatan holistic
serta pembangunan yang lebih menyeluruh kepada perkhidmatan.
Konsep kendiri yang lemah adalah kualiti lain yang ditemui dalam
populasi sasaran ini. Pelajar juga mungkin kekurangan bahasa ekspresif yang
mencukupi, sering celaru dalam proses pemikiran mereka, dan biasanya mempunyai
penuh kesukaran bherkaitan kemahiran pengurusan masa.
Sebagai kaunselor sekolah perlu bersedia untuk memberi khidmat kaunseling
yang sebaiknya dengan cara yang sesuai. Hal ini adalah penting untuk kanak-kanak
tersebut tidak terdedah dengan perkara yang berisiko tinggi terhadap mereka..
Campur tangan mungkin perlu lebih praktikal dalam pendekatan kepada
penyelesaian masalah serta budaya sensitif dan bersesuaian.. Kaunselor sekolah
perlu menyedari bahawa had-had dan bias yang akan dipersembahkan oleh
kanak-kanak kelainan upaya daripada tahap rendah sehingga kelainan upaya yang teruk.
Di samping itu, ia adalah penting bahawa kaunselor sekolah mempunyai
pengetahuan tentang undang-undang dan memahami hak-hak kanak-kanak kelainan
upaya
2.1 Tanggungjawab
kaunselor sekolah boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:
1) Menyediakan kurikulum
kaunseling pelajaran, seperti kaunseling individu atau kelompok kepada
pelajar-pelajar dengan keperluan khas dalam skop program kaunseling sekolah yang
komprehensif dengan sebab untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya.
2) Perancangan IEP yang
menggalakkan penglibatan keluarga dalam proses pendidikan
3) Berunding dan bekerjasama dengan kakitangan dan keluarga untuk
memahami keperluan-keperluan khusus pelajar dan memahami adaptasi dan
pengubahsuaian yang diperlukan untuk membantu menggalakkan kanak-kanak tersebut
terlibat secara langsung dalam kurikulum di sekolah.
4) Bekerjasama dengan kakitangan lain berkaitan sokongan professional
seperti ahli psikologi sekolah, ahli terapi fizikal, terapi pekerjaan, kakitangan
pendidikan khas, terapis pertuturan dan bahasa dalam penyampaian perkhidmatan
kaunseliung.
5) Menyediakan bantuan dengan membangunkan akademik, peralihan dan
rancangan selepas sekolah untuk pelajar-pelajar dengan IEP yang wajar
(Tarver-Behring, Spagna dan Sullivan, 1998).
Secara keseluruhan, Kaunselor boleh persiapkan diri untuk
berkhidmat dengan cemerlang beberapa cara. Kaunselor mesti menjelaskan perasaan
dan sikap tentang bekerja dengan kanak-kanak yang menjadikan cara mendidik
sebagai kaunselor dengan lebih mudah dan berkesan . kauselor juga perlu
mengelakkan daripada perasaan kasihan, memandang rendah, perasaan jijik terhadap
kecacatan mereka, menerima maklumat yang salah dan bias. Perkara tersebut boleh
menghalang daripada perkhidmatan kaunseling yang berkesan (Baker, 1992). Maklumat
yang betul dan pengalaman secara langsung boleh memudahkan kaunselor peroleh kesedaran dan menerima dengan ikhlas
kanak-kanak tersebut. Di samping itu, kaunselor perlu mendapatkan pengetahuan
dan latihan untuk bekerja dengan golongan tertentu dengan keperluan yang luar
biasa (Tarver-Behring, Spagna dan Sullivan, 1998).
Menurut Tucker, Shepard, dan Hurst 1986, kaunselor boleh
mendapatkan pengetahuan ini melalui menghadiri bengkel kaunseling, perundingan,
penyeliaan, dan merujuk sumber-sumber daripada komuniti.komuniti.
3.0 Persediaan Murid
Keperluan Khas
Kaunselor, Ibu bapa,
guru-guru dan kanak-kanak mungkin memerlukan penjelasan mengenai proses yang
diikuti untuk mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan Khas dan
perkhidmatan yang berkaitan. National Dissemination Centre for Children with
Disabilities ( NITCHY ) ini telah menggariskan langkah-langkah tersebut:
1. Kanak-kanak itu adalah dirujuk
kerana mungkin memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas.
2. Kanak-kanak itu dinilai dalam semua bidang yang berkaitan dengan
kecacatan disyaki.
3. Sekumpulan profesional yang berkelayakan dan ibu bapa membenarkan
keputusan penilaian dan menentukan sama ada kanak-kanak adalah layak untuk menerima
perkhidmatan pendidikan khas.
4. Jika kanak-kanak itu didapati layak, dalam tempoh 30 hari, kumpulan
professional bersepakat untuk menulis pelan pendidikan individu untuk
kanak-kanak
5. menurut Rancangan Pendidikan individu (IEP) , ibu bapa
kanak-kanak berkeperluan khas tersebut dijemput setiap mesyuarat yang
dijalankan.
6 Rancangan ini termasuk penginapan, pengubahsuaian dan sokongan
perlu disediakan bagi kanak-kanak. Ibu bapa perlu memberi kebenaran kepada
perkhidmatan dan penempatan yang disediakan
7. Sekolah memantau rancangan untuk menentukan sama ada rancangan
tersebut sedang dilaksanakan
8. Setiap kemajuan adalah diukur dan dilaporkan kepada ibu bapa.
9. IEP diperbaharui dan dinilai sekurang-kurangnya setahun sekali.
10. kanak-kanak berkeperluan khas pula dilihat tahap perkembangan
mereka sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.
4.0 Kategori Kanak –
Kanak Berkeperluan Khas
4.1 Autisme
- Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu
sukar untuk dipulihkan.
- Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana
mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada
suara yang berlainan.
- Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak
suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa
situasi.
-Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi
atau berhubung dengan orang di sekitarnya.
4.2 Kecacatan Pendengaran
Kehilangan pendengaran mempunyai 4 tahap iaitu kurang, sederhana,
teruk dan sangat teruk. Pendengaran sangat teruk juga dikenali sebagai pekak
atau tuli. Hilang pendengaran menyebabkan sesorang itu menjadi asing di dunia
ini. Mereka menjadi terasing kerana apa yang dikata tidak difahami atau salah
tafsir. Beliau juga mungikn akan mengalami kemalangan atau kehilangan
pekerjaan. Terdapat 3 jenis kecacatan pendengaran:
- Gangguan
aliran bunyi
- Disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar
telinga.
- Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua
gelombang bunyi dan tidak teruk.
- Saraf
Deria
- Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau
saraf ‘auditory’
- Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang
menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan
pendengaran.
- Gabungan
Adalah
kombinasi daripada jenis ‘conductive’ dan ‘sensorineural’
Punca terjadinya pekak atau tuli
- Sejarah
penyakit tersebut dalam keluarga
- Pengumpulan
cecair pada bahagian tengah rongga telinga
- Bayi
yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
- Kekurangan
bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
- Jangkitan
kuman seperti ‘congenital rubella’ atau ‘congenital syphilis’
- Jangkitan
kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
Tahap pendengaran mengikut WHO :
Kategori
|
Darjah Decibel
|
Kesan pendengaran
|
Kurang
|
25 – 40
|
Sukar mendengar dikawasan bising
|
Sederhana
|
41 – 60
|
Sukar mendengar bisikan
|
Teruk
|
61 – 80
|
Sukar memahami suara yang kuat
|
Sangat teruk
|
> 81
|
Tidak memahami suara yang kuat atau menjerit
|
4.3 Kecacatan
Penglihatan
Gangguan
penglihatan boleh berada pada tahap penglihatan rendah kepada tahap buta. Di
Malaysia, keadaan buta untuk semua peringkat meliputi 0.2% dan tahap
penglihatan yang rendah meliputi 2.44% daripada jumlah penduduk (berdasarkan National
Eye Survey 1996). Kecacatan penglihatan di kalangan kanak-kanak
berumur antara 7-15 tahun adalah 0.1% (berdasarkan Refractive Error Study in Children,
2003).
Menurut World Health Organization (WHO) Seseorang itu
dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila:
- Penglihatan
mata yang lebih baik kurang daripada 3/60 setelah dibetulkan dengan
sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti cermin mata dan
sebagainya.
- Tahap
medan penglihatan (visual field) kurang dari 10 darjah pada
kedua-dua belah mata.
Kanak-kanak selalunya tidak mengadu tentang masalah
penglihatan mereka. Oleh itu, ibu bapa, penjaga dan guru harus peka akan
masalah penglihatan kanak-kanak dan perhatikan perkara-perkara seperti berikut:
- Rupa
wajah:
Mata yang melilau (tidak fokus), Juling atau anak mata kelihatan putih.
- Tingkahlaku: Sering menggosok mata,
kepala yang senget, mengecil dan menyepetkan mata, berkedip-kedip, sering
terlanggar objek, keliru dengan perkatan yang tertulis, menonton
televisyen dan membaca pada jarak terlalu dekat.
- Aduan: Sering mengadu sakit kepala dan kadangkala muntah, kabur atau nampak dua imej dan sensitif pada cahaya yang keterlaluan.
4.4 Masalah Pembelajaran
Masalah
pembelajaran adalah kecelaruan neurologikal yang memberi kesan kepada keupayaan
otak untuk menerima, memproses, menyimpan dan bertindak balas terhadap maklumat
yang diterima (National Center for Learning Disabilities, 2007). Kecelaruan
dalam satu atau lebih fungsi asas psikologikal yang melibatkan keupayaan untuk
memahami atau menggunakan bahasa, yang seterusnya memberi impak kepada
keupayaan untuk mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau
mengira. (The Individuals with Disabilities Education Act, 2004)
Menurut Smith (1996) kanak-kanak yang ”specific difficulties” adalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan
organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau
lebih seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini
tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran yang normal.
Masalah pembelajaran dikategorikan sebagai masalah
neurologi. Ia tidak
berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada
pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering
ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka
mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah
lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan
yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.
Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak
menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.Ianya juga merupakan kecelaruan dalam satu
atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau
penggunaan bahasa, sama ada lisan mahupun bertulis. Kecelaruan ini boleh
menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja
ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia
mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak
menghadapi masalah tersebut. Namun begitu, masalah ini juga sering dikaitkan
dengan masalah tingkah laku dan emosi.
Antara masalah-masalah yang dikaitkan dengan masalah
pembelajaran ialah masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan,
sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi
perhatian dan hiperaktiviti.
Ciri-Ciri
Masalah Pebelajaran
Kebanyakan
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran menunjukkan ciri-ciri yang
sama, tetapi tidak homogenus. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seorang
kanak-kanak adalah berbeza antara setiap individu dengan individu yang lain.
Namun begitu, terdapat faktor yang konsisten dan bersifat berterusan serta
dibawa sehingga dewasa.
Masalah
akademik
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran selalunya mendapat
pencapaian akademik yang sangat rendah
dan 80% hingga 90% mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran
membaca.
Kecelaruan
Bahasa
Majoriti
kanak-kanak yang mengalami masalah membaca sebenarnya mengalami masalah
kecelaruan bahasa. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran untuk membaca, berkomunikasi lisan,
mendengar dan memahami suatu perkara.
Kecelaruan Perceptual
Kanak-kanak mengalami ketidakupayaan untuk mengenal pasti,
membezakan dan menerangkan perasaan.
Kecelaruan metakognitif
Kesedaran individu terhadap proses pemikiran mereka sendiri dan
kebolehan untuk menggunakan proses kognitif dalam proses pembelajaran.
Masalah sosioemosi
1) Kanak-kanak menghadapi
masalah dalam menguasai kemahiran sosial Contohnya dalam
menerima kritikan atau pendapat orang lain.
2) Masalah sosial seperti pembentukkan masalah tingkah laku.
Contohnya kurang kemahiran berkomunikasi dan kurang yakin dengan diri sendiri.
Masalah memori
Kanak-kanak mengalami masalah untuk mengingati rangsangan visual dan auditori.
Segala maklumat yang diterima oleh kanak-kanak tersimpan di short term memory.
Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mudah lupa dengan apayang dipelajari.
Masalah fokus dan hyperaktif
Kanak-kanak
kurang fokus dan mudah terganggu. Ianya melibatkan masalah terhadap tumpuan, tingkah laku hiperaktif,
impulsif dan bertingkah laku agresif. Tingkah laku distruptif seperti bergaduh
dengah dengan rakan yang lain, mengganggu pelajar lain, sering keluar daripada
kelas tanpa sebarang sebab sering berlaku dalam kalangan pelajar ADHD.
Penaksiran
Penaksiran adalah proses pengumpulan data yang
bersistematik. Data digunakan untuk membuat keputusan tentang pelajar.
Penaksiran dijalankan untuk membolehkan guru tahu apakah keperluan pelajar
terbabit. Penaksiran juga dijalankan bagi membolehkan guru tahu adakah
perkhidmatan yang diberikan sebelum ini efektif.
Penaksiran
dan Pendidikan
Guru
perlu memilih dan mengimplementasi program pendidikan yang bersesuaian dengan
mengambil kira beberapa aspek yang berikut:
1.
Persekitaran
yang sesuai
2.
Siapa
yang perlu implementasi
3.
Kaedah
implementasi
4.
Kurikulum
yang sesuai
5.
Mengambil
kira kaedah pengajaran yang efektif
Kaedah
Pengajaran (Memberi Arahan Yang Efektif)
a) Eksplisit
Guru perlu memberi arahan secara langsung dan jelas. Tujuannya
adalah untuk membatu pelajar untuk fokus kepada arahan sebenar dan mengabaikan
maklumat yang tidak penting.
b)
Sistematik
Kaedah pengajaran perlu dirancang dengan teliti untuk
memenuhi keperluan pelajar. Ianya
bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid yang berkeperluan khas untuk
memulakan pembelajaran.
c)
Intensif
Guru perlu memperuntukkan masa yang agak lama untuk
topik dan kemahiran yang tentu. Hal ini bertujuan untuk mendorong murid untuk
memberi respon. Setiap aktviti adalah sewajarnya dilakukan dalam kumpulan kecil
dan berulang kali.
d)
Sokongan
Guru
berperanan untuk mengekalkan motivasi pelajar dengan memberi peneguhan positif
dan galakan. Contohnya, memberi tepukan kepada murid yang berjaya melaksanakan
tugasan ataupun kemahiran yang dipelajari.
Proses
Kaunseling Bagi Kanak-Kanak Yang Menghadapi Masalah Pembelajaran
Thompson
dan Littrell (1998) menyatakan bahawa brief solution-oriented counselling adalah
sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Terdapat empat
langkah bagi proses kaunseling kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran:
Langkah
pertama:
Membina
hubungan dengan kanak-kanak dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh
kanak-kanak.
Langkah
kedua:
Kaunselor
dan kanak-kanak tersebut perlu mempertimbangkan apa yang dibicarakan dan
dilakukan pada sesi yang lepas dan membincangkan jalan permasalahan yang
dihadapi.
Langkah
ketiga:
Kaunselor
perlu membantu murid untuk membina matlamat yang spesifik yang boleh diukur dan
boleh dicapai olehnya. Akhir sekali, kaunselor perlu memberi tugasan yang
spesifik bagi membantu pelajar mencapai matlmatnya. Setelah itu, kaunselor
perlu mengikuti perkembangan murid tersebut setelah 3 dan 4 minggu selepas
itu.
Thruneck et al., (2007) menyatakan adalah lebih sesuai
menjalankan brief session dan melaksanakannya secara berstruktur
termasuklah dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan permasalahan
kanak-kanak. Cara untuk mengenalpasti permasalahan kanak-kanak adalah dengan
menjalankan diagnosis awal terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah itu kaunselor
perlu mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid tersebut agar memudahkan
kaunselor menggunakan teknik ataupun terapi untuk membantu murid. Semua proses
ini akan memberi impak kepada proses kaunseling yang dijalankan. Hal ini juga
memerlukan empati dan kesabaran yang tinggi dalam menangani murid yang
mempunyai masalah pembelajaran.
Brown (2009) juga menyarankan kepada orang dewasa yang
ingin membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran ini hendaklah
individu tersebut perlu memahami masalah kanak-kanak tersebut. Seterusnya
memberi galakan realistik kepada murid tersebut dan menerima kekurangan mereka.
Akhir sekali berbincang mengenai tingkah laku murid tersebut.
McEachern (2004) menyatakan bahawa terapi bermain,
seni, muzik dan melalui penulisan adalah sesuai untuk kanak-kanak tersebut
dapat mengekspresi perasaan mereka melalui kekurangan yang mereka alami,
sekolah, rakan-rakan dan keluarga.
4.5 ADHD
ADHD
merupakan gangguan yang melibatkan masalah terhadap tumpuan, tingkah laku
hiperaktif, impulsif dan bertingkah laku agresif. Tingkah laku distruptif
seperti bergaduh dengah dengan rakan yang lain, mengganggu pelajar lain, sering
keluar daripada kelas tanpa sebarang sebab sering berlaku dalam kalangan
pelajar ADHD. Pelajar ADHD juga sering diasingkan serta diabaikan oleh rakan
sebaya mereka disebabkan tingkah laku mereka hadapi.
ADHD ialah singkatan daripada Attention
Deficit Hyperactive Disorder, iaitu sesuatu keadaan yang juga dikenal sebagai Attention Deficit Disorder (sukar memusatkan perhatian), Minimal Brain Disorder (mempunyai masalah kecil pada otak),
Minimal Brain Damage (kerosakan kecil pada otak), Hyperkinesis (terlalu banyak bergerak atau
aktit), dan Hyperactive (hiperaktif).
ADHD juga menggabungkan beberapa sikap seperti kurangnya daya
perhatian, cepat terpengaruh, membisu, terlalu agresif, dan mempamerkan
pelbagai watak. Kesannya kanak-kanak akan sukar untuk mengawal tingkah lakunya
seperti menjadi kurang tumpuan, impulsif, dan hiperaktif. Mereka juga mempunyai
sikap yang luar biasa berbanding kanak-kanak normal yang lain. Selain itu, ADHD juga didefinisikan sebagai satu gangguan yang menjejaskan
keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan kepada sesuatu benda misalnya,
seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi tidak dapat
menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkahlakunya sendiri.
4.5.1 Kategori dan Ciri-ciri ADHD
Kanak-kanak yang mempunyai
ketidakupayaan ADHD mempunyai beberapa kategori.
Kategori tersebut ialah tidak memberikan tumpuan, impulsiviti, hiperaktiviti
dan gabungan tiga kategori (tidak memberikan tumpuan, impulsivit dan hiperaktiviti).
Di dalam setiap kategori ini kanak-kanak ADHD akan menunjukkan ciri-ciri tertentu
dalam beberapa persekitaran seperti di rumah dan sekolah.
1. Tidak Memberikan Tumpuan
a) Selalu gagal memberikan tumpuan kepada
perkara-perkara tertentu atau terperinci/lalai dengan kerja sekolah atau
aktiviti-aktiviti yang lain. Akibatnya mereka sering melakukan kesilapan
sebagai akibat kecuaian.
b) Selalu mempunyai masalah mempertahankan
tumpuan dan perhatian dalam sesuatu aktiviti. Selalunya aktiviti yang melibatkan
visual dan pemikiran kecuali menggunakan jari untuk menunjukkan perkara yang
dibaca (kanak-kanak 6 tahun sekurang-kurangnya boleh menumpukan perhatian
selama lebih kurang 15 hingga 20 minit).
c) Selalu tidak mendengar perkara yang
diperkatakan kepadanya. Contohnya, jika diberikan arahan yang banyak dalam satu
masa mereka tidak dapat mengingatinya.
d) Selalu gagal mengikut arahan dan melengkapkan
atau menyiapkan kerja sekolah, kerja rumah dan kerja sekolah.
e) Selalu menghadapi masalah untuk menguruskan
aktiviti atau kerja dengan sendiri. Mereka tidak dapat melakukan sesuatu kerja
seorang diri dan jika berada di dalam kelas guru perlu sentiasa mengawasinya
agar tidak membuat kerja separuh jalan.
f) Selalu mengelak, benci atau enggan
memberikan komitrnen terhadap kerja yang memerlukan keupayaan dari segi mental.
Mereka ini biasanya dilabelkan sebagai malas. Contohnya mereka tidak mahu
membuat kerja sekolah.
g) Selalu kehilangan benda yang berkaitan dengan
kerja. Hal ini boleh dikaitkan dengan sifat mudah lupa atau tidak dapat
mengingati sesuatu atau apa yang telah dilakukan. Contohnya kehilangan buku,
pen, pensel, pembaris dan sebagainya kerana tidak dapat mengingati di mana ia
telah diletakkan.
i) Sering
menjadi pelupa dalam aktiviti harian.
2) Hiperaktif
a) Kerap menggerakkan tangan dan
kaki atau menggeliat-geliut di tempat duduk.
b) Selalu meninggalkan tempat duduk
dalam kelas, kurang memberikan perhatian dan memberikan tumpuan (fokus) yang
lebih banyak melakukan perkara lain yang lebih diminati.
c) Sering berlari ke sana dan ke
mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai, contohnya
kanak-kanak i mungkin berlari dan melompat di dalam kelas ketika guru sedang
mengajar.
e) Selalu on the go iaitu mereka sentiasa dalam keadaan
bergerak cergas atau kerap dilihat seperti digerakkan oleh motor.
f) Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap
g) Kadang-kadang cuma mengeluarkan
kata-kata yang tidak dapat difahami sabaja.
3) Impulsiviti
a) Selalu
memberikan jawapan terlebih dahulu sebelum sepenuhnya.
b) Tidak
sabar menanti giliran mereka.
c) Sering
mencelah perbualan, mengganggu aktiviti atau suka mengusik rakan yang lain.
Mereka ini biasanya cuba menguasai suasana persekitaran dengan bertindak
sebagai ketua atau bossy.
d) Sering
membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan sesuatu perkara yang
dilakukan sarna ada betul atau salah dan ia biasanya dikaitkan dengan tindakan
yang diambil tanpa berfikir terlebih dahulu.
4) Kategori Gabungan
Kategori gabungan pula berrnaksud
kanak-kanak ADHD yang mempunyai masalah dalam
ketiga-tiga kategori yang telah dihuraikan di atas iaitu tidak boleh memberikan
tumpuan, impulsiviti dan hiperaktiviti. Kanak-kanak yang terdiri daripada
kategori gabungan ini adalah lebih sukar untuk mengawal tingkah laku mereka dan
kanak-kanak dalam kategori ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan ciri-ciri
yang telah diterangkan di atas. Namun ciri-ciri umum yang dapat dilihat dengan
jelas bagi kanak-kanak ADHD yang berada dalam kategori ini
ialah, tidak memberikan tumpuan, gagal menyiapkan tugasan, tidak mengikut
arahan dan sukar memberikan tumpuan terhadap sesuatu aktiviti. Ciri-ciri
masalah impulsiviti pula menyebabkan kanak-kanak bertindak tanpa berfikir,
bertukar-tukar aktiviti, sukar menunggu giliran dan sukar mengendali sesuatu
aktiviti. Ciri-ciri bagi hiperaktiviti pula, kanak-kanak suka berlari atau
memanjat perabot, tidak boleh duduk diam, bergerak secara berlebihan semasa
tidur, mudah mengamuk dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain atau rakan
sebayanya sendiri.
Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD
Antara ciri kanak-kanak ADHD dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek iaitu dari
segi kognitif dan akademik, sosial, emosi, dan tingkah laku.
1. Kognitif dan pencapaian akademik
Kebanyakkan pelajar dalam kategori Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) agak lemah dalam pencapaian
akademik. Perkara ini disebabkan kesukaran mereka untuk memberikan tumpuan.
Selain daripada itu keputusan gred mereka pula kerap kali rendah dan risiko
untuk mereka gagal adalah tinggi. Pelajar ADHD mempunyai masalah untuk belajar
dalam jangka masa yang panjang dan mereka cenderung untuk tidak teratur serta
mudah menjadi pelupa. Pelajar ini juga akan menjadi tidak tahu yang mereka ada
kerja rumah, lupa tarikh dan waktu tugasan perlu dihantar atau untuk
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa apabila ada rombongan. Gargiulo (2006)
menyatakan bahawa kebanyakan guru akan memberikan komen seperti pelajar ini
mempunyai tulisan tangan yang buruk, kerja mereka tidak memuaskan dan cuai,
tugasan mereka sering tidak lengkap dan kerja mereka tidak disusun dengan baik.
2. Sosial
Kanak-kanak ADHD tidak suka bercampur dengan rakan sebaya yang lain. Setiap
penglibatan mereka dalam kumpulan rakan sebaya akan menimbulkan pergaduhan. Hal
ini kerana kanak-kanak ADHD tidak tahu berkomunikasi dengan cara
yang baik. Merrell (2003) menyatakan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ADHD (masalah tumpuan, hiperaktif, impulsiviti) yang teruk juga
akan menyebabkan tingkah laku antisosial mereka bertambah dan interaksi sosial
menurun . Mereka akan menghukum diri mereka sendiri sebagai ahli sosial yang
gagal dan cenderung untuk melakukan aktiviti bersendirian, contohnya bermain
permainan komputer dan menonton televisyen. Hiperaktiviti dan lemah dalam
kemahiran sosial menyebabkan kebanyakan pelajar dengan ADHD ini dibuang atau tidak diterima oleh rakan sebaya dan tidak
disukai oleh guru mereka (Merrell, 2003).
3. Emosi
Kanak-kanak ADHD mempunyai emosi yang tidak menentu. Kebanyakan waktu mereka
cepat naik marah. Kesannya kanak-kanak ini akan suka mengancam orang lain tidak
kira dalam bentuk fizikal mahupun percakapan. Selain itu, kanak-kanak ADHD juga suka ketawa dan seronok dengan tiba-tiba. Biasanya
mereka tidak suka duduk diam tanpa melakukan sesuatu. Oleh itu mereka akan
membuat sesuatu tingkah laku yang boleh mengganggu rakan-rakan yang sedang
belajar. Tingkah laku yang tiba-tiba dan yingkah laku agresif ini akan
membuatkan rakan-rakan yang lain menjadi hilang fokus dalam pengajaran dan
pembelajaran. Keadaan ini akan menimbulkan pertelingkahan dan kanak-kanak ADHD akan berasa seronok dan puas hati apabila melihat rakan
sebaya marah dengan gangguan mereka.
4. Tingkah laku
Kanak-kanak ADHD ialah pelajar yang jika dilihat kerap
mengasah pensil berbanding rakan kelas yang lain, melihat sesuatu di atas rak
buku dengan banyak kali, menggeliat-geliat atau bermain dengan pensel di atas
meja semasa guru mengajar (Duhaney, 2003). Perasaan teringin untuk bercakap
dengan rakan sebelah pula amat kuat mempengaruhi pelajar ADHD. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hiperaktiviti dan
impulsiviti, tingkah laku mereka mungkin menyebabkan segelintir individu
seperti ibu bapa terutamanya tidak boleh bersabar. Antara tingkah laku yang
sering dilakukan oleh kanak-kanak ADHD adalah berlari dan memanjat di dalam
kelas atau di rumah, mengganggu rakan sebaya, bertukar daripada satu aktiviti
kepada aktiviti lain, sukar menunggu giliran dan kadang kala tingkah laku
mereka membahayakan diri sendiri seperti melintas jalan tanpa menoleh terlebih
dahulu.
Menurut Kottman, Robert dan Baker
(1995), ibu bapa yang mempunyai anak ADHD mengambil berat tentang harga
dirianak-anak mereka, masa depan, kelemahan kemahiran bersosial dan tertekan
kerana gaya asuhan tidak sesuai dengan kanak-kanak ADHD. Oleh yang demikian,
ibu bapa perlu bekerjasama dengan sekolah dalam membantu permasalahan ini.
Kaunselor juga berperanan sebagai orang tengah antara kanak-kanak ADHD dengan
ibu bapa dan juga sekolah. Hal ini kerana pihak sekolah boleh mengadakan program mahupun seminar untuk guru
dan juga ibu bapa untuk belajar mengenai teknik tingkah laku untuk membantu
kanak-kanak tersebut bertingkah laku baik dan teratur.
Schwiebert, Sealander and Tollerud
(1995) menyatakan bahawa biblioterapi, sokongan daripada ibu bapa, dan
kaunseling keluarga boleh membantu ibu bapa terutamanya sewaktu penilaian awal
dan ketika ibu bapa dapat mengenalpasti keadaan anaknya. Kottman et al, (1995)
mengesyorkan bahawa setiap ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan mengenai ADHD,
penyebabnya, cara untuk merawat ADHD, cara untuk meningkatkan keyakinan diri,
cara untuk mengendalikan stress ibu bapa dan saranan yang dicadangkan untuk
sokongan sosial kepada ibu bapa.
4.6 Terencat Akal (Mental Retardation)
· Persatuan
Terencat Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai
ketidakupayaan yang dilihat melalui fungsi
intelek serta tingkah laku
pemyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang
amat terhad.
Ciri-Ciri Terencat Akal
· - Kurang
koordinasi motor
· - Sukar
menumpukan perhatian
· - Kemahiran
membaca dan bahasa lemah sertaberada
pada tahap yang rendah
· - Sukar
mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru
· - Kesukaran
dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.
· - Sukar
menurut arahan dan berupaya memilih aktiviti secara sendirian.
· - Mengalami
masalah koordinasi mata dan tangan
\
Tahap
Kecacatan
|
Skor
DK
|
Ringan
|
50
– 70
|
Sederhana
|
35
– 50
|
Teruk
|
Bawah
daripada 35
|
• Masalah kecacatan akal tahap sederhana
biasanya dikenal pasti semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak.
• Mereka berupaya berkembang dalam asas
akademik, sesetengah kemahiran kerja dan “self-help skill” seperti
makan, memakai pakaian dan pergi ke tandas.
• Kecacatan akal peringkat teruk melibatkan
pelbagai kecacatan (multiple handicaps) dimana mereka memerlukan sokongan
berterusan secara ekstensif dalam lebih daripada satu aktiviti untuk
membolehkan mereka masuk dalam masyarakat dan menikmati hidup yang berkualiti.
Sokongan yang diperlukan seperti komunikasi, mengurus diri, pembelajaran,
pekerjaan dan untuk berdikari.
Punca- Punca Terencat
Akal
·
Ketidaknormalan
kromosom
·
Jangkitan
·
Trauma
·
Pemakanan
·
Penyakit
otak yang serius
·
Masalah
pra kelahiran
·
Kecelaruan
psikiatri
4.7 Kecacatan Fizikal (Physical Disability)
• Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan
atau peralatan khas seperti kerusi roda atau tongkat.
• Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk
neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecederaan
ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
• Antara masalah yang dikategorikan sebagai
kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida,
muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.
Ciri-Ciri Kecacatan
Fizikal
• Cerebral palsy
- Kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasi badan. Ia disebabkan
oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan
di bahagian otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas
kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga akan mempunyai kecacatan lain
seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terencat akal.
• Epilepsi -
Penyakit sawan yang disebabkan oleh masalah neurologi yang menyebabkan
kanak-kanak mengeletar.
• Spina bifida
- Kecacatan pada tulang belakang yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada
bahagian bawah badan. Ia adalah satu keadaan yang berlaku sejak kelahiran
tetapi boleh dibantu dengan pembedahan.
• Muscular dystrophy
- Kemerosotan kekuatan otot secara progresif sehingga kanak-kanak akan
memerlukan kerusi roda. Kecerdasan kanak-kanak tersebut tidak terjejas.
• Limb deficiencies
- Kanak-kanak yang anggota badannya tidak sempurna ini mungkin disebabkan oleh
kemalangan atau kecacatan semasa kelahiran. Kanak-kanak ini boleh dilatih
menggunakan anggota palsu.
• Asthma -
Masalah penafasan yang berlaku apabila tiub bronkial daripada saluran
pernafasan kerongkong menjadi sempit. Masalah ini dibantu dengan dadah dan
penggunaan “nebulisec”
• Diabetes
- Kencing manis ialah penyakit yang disebabkan oleh pankreas yang tidak dapat
berfungsi untuk menghalang peningkatan gula dalam darah manusia. Seperti
asthma, penyakit ini boleh dikawal dengan dadah serta pemakanan yang betul.
• Leukemia
- Satu bentuk kanser yang biasa di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini
disebabkan peningkatan secara mendadak sel darah putih dalam tulang
sum-sum. Kimoterapi boleh mengawalnya.
Punca-Punca Kecacatan
Fizikal
• Genetik & persekitaran (kekurangan
bekalan oksigen semasa proses kelahiran ibu terdedah kepada teratogen seperti
dadah dan ubat tertentu.
• Jangkitan -
kecacatan di bahagian otak atau sistem saraf yang berlaku
sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis.
• Pemakanan
• Tidak cukup matang/bulan – berat kurang
2.5 kg
• Kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa
menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran.
Sebagai
seorang kaunselor, mereka juga wajarlah memberitahu ibu bapa agar menyertai kumpulan
ibu bapa lain yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas. Dalam kumpulan itu,
para ibu bapa akan mendengar perkongsian dan juga pengalaman yang dilalui oleh
ibu bapa yang lain. Dari situ, ibu bapa dapat mengerti perasaan dan masalah
yang dihadapi oleh setiap ibu bapa serta mampu memberikan lebih motivasi untuk
lebih sabar dalam membesarkan anak-anak istimewa itu. Ibu bapa juga dapat
menerima pelbagai tips dan info penting yang mungkin dapat digunakan terhadap
anak-anak mereka. Dengan ini, ibu bapa akan lebih sedar bahawa bukan mereka sahaja
yang diuji sebegitu rupa dan akan terus tabah dan bersemangat untuk menjaga
anak-anak mereka.
5.0 Cara-Cara Untuk
Kaunseling Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Bagi memahami dunia kanak-kanak berkeperluan khas, kaunselor
perlulah mempunyai pengetahuan asas mengenai komplikasi mereka seperti
tanda-tanda dan perkara umum tentang komplikasi tersebut, adakah klien
mempunyai had-had yang boleh menyebabkan gangguan ketika membuat sesi, dan
sebagainya. Semua kanak-kanak mempunyai perkembangan dan keperluan yang sama,
akan tetapi, ada kemungkinan bahawa klien mempunyai pengecualian-pengecualian
yang spesifik yang perlu diambil tahu oleh kaunselor untuk memastikan sesi
kaunseling berjalan dengan lancer. Sebagai contoh, klien amat sensitif dengan
bunyi atau tidak boleh terlalu aktif.
Menurut Thurneck et al. (2007), beliau menyarankan kaunselor untuk
mengetahui tentang klien mereka supaya
boleh membantu klien untuk menjadi lebih terbuka. Kaunselor tersebut tidak
semestinya perlu menjadi pakar dalam bidang pendidikan khas, namun pengetahuan
tentang keperluan dan ciri-ciri klien amat diperlukakan untuk membantu sesi
kaunseling menjadi lebih efektif. Kanak-kanak berkeperluan khas seperti
“Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADD/ADHD), Autism lebih cenderung
untuk diganggu dan dipulaukan oleh rakan-rakan sebaya jika dibandingkan dengan
kanak-kanak yang normal yang lain. Ini akan menyebabkan mereka lebih terdedah
dengan perasaan yang negatif seperti
sedih, marah, geram dan malu dan boleh mengakibatkan kesan-kesan buruk seperti
depresi dan tahap keyakinan diri yang rendah.
Kebiasaanya, kaunselor akan melakukan pelbagai percubaan seperti
ujian untuk membantu klien yang mempunyai masalah. Namun, prosedur-prosedur ini
yang sepatutnya digunakan untuk membantu klien, boleh menyebabkan perasaan
takut. Ada sesetengah kes dimana klien tidak boleh keseorangan dalam sesi, ibu
bapa klien atau penjaga yang klien selesa bersama juga dibenarkan untuk bersama
klien.
5.1 Kaedah-Kaedah Yang Boleh Digunakan Dalam
Kaunseling Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Antara kaedah-kaedah yang boleh dilakukan oleh kaunselor ialah,
yang pertama, “Role-Playing” dan “Behavioural Rehearsal”. Role-playing dan
Behavioural Rehearsal ini digunakan untuk
klien yang mempunyai masalah untuk bersosial dengan rakan-rakannya.
Behaviour Rehearsal ialah satu teknik dimana tingkah laku, respons dilatih
berulang-kali dan Role playing ialah klien melakonkan dan membayangkan situasi
yang menggunakan perbuatan itu supaya mereka tahu cara yang sepatutnya jika
berhadapan dengan situasi itu. Teknik ini dapat membantu klien untuk bersedia
dan membiasakan dirinya ketika menghadapi situasi yang sebelum ini mengganggu
fikiran klien.
Yang kedua, kaedah “I am” dan “I can”. Kaedah ini Teknik ini
memfokuskan kepada penyusuaian emosi dan keyakinan diri klien. Teknik ini
memerlukan klien untuk menulis ciri-ciri klien tersebut dalam katogeri “I am”.
Sebagai contoh, “I am a good boy”, “I am a hardworking girl” dan sebagainya. Klien
juga perlu mengisi kebolehan-kebolehan dan bakat-bakat yang klien ada di dalam
kategori “I can”. Misalnya, “I can sing”, “I can dance” atau “I can bake
muffins”. Teknik ini adalah untuk mengetahui kecekapan dan kawalan klien dalam
sesuatu bidang.
Yang ketiga, menggunakan “Art therapy”. Art therapy digunakan untuk
klien mempunyai masalah untuk komunikasi melalui kata-kata. Teknik ini
digunakan untuk memberi kebebasan klien dan memudahkannya untuk mengekspresi
diri klien. Dengan menggunakan “Art therapy”, kaunselor mungkin dapat
mengetahui masalah yang dipendam oleh klien. Cara ini juga dapat membuat klien
berasa gembira dan seronok. Selain itu, “Art therapy” juga dapat memberi
ketenangan kepada klien dan mengurangkan stress dan beban yang klien hadapi.
5.2 Perkara-Perkara Yang Harus Dielakkan Oleh
Kaunselor.
Terdapat pelbagai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh kaunselor
ketika dalam sesi bersama kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya ialah
“Diagnostic Overshadowing”. “Diagnostic overshadowing” adalah dimana kaunselor
menganggap dan membiarkan ketidaksempurnaan klien menjadi alasan untuk
segala-galanya yang berlaku, walaupun ia tidak dijelaskan oleh ketidakupayaan.
Sebagai contoh, ketika dalam sesi kaunseling, klien mula mengerakkan tangannya
secara tiba-tiba dan kaunselor menganggap bahawa itu cuma salah satu simptom klien. Namun, sebenarnya klien mengerakkan
tangannya kerana klien rasa resah-gelisah. Ini boleh membuat klien menjadi tidak
selesa dengan kaunselor dan mengeruhkan sesi kaunseling.
Di samping itu,
kaunselor yang kurang mengambil berat tentang komplikasi klien. Kaunselor
sebaik-baiknya perlu memahami dan mempunyai pengetahuan asas tentang kekurangan
klien supaya dapat membantu dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh klien.
Jika kaunselor kurang memahami tentang komplikasi klien, kaunselor tidak perlu
berasa segan dan boleh bertanya kepada klien itu sendiri atau ibu bapa dan
orang terdekat. Untuk mengetahui tentang ketidakupayaan klien dengan lebih
terperinci, kaunselor boleh mencari dia laman sesawang dan membaca beberapa
artikel mengenainya dan pengalaman kaunselor-kaunselor lain ketika mereka
melakukan sesi tersebut. Dengan ini, kaunselor boleh empati tentang masalah
yang dihadapi oleh klien seharian.
Yang terakhir
sekali, kaunselor hanya berhenti di empati di dalam sesi bersama klien. Tidak
salah untuk kaunselor berasa empati kepada klien, akan tetapi kebanyakkan kaunselor
hanya mendengar dan empati terhadap klien dan berhenti di situ sahaja. Ini
kerana sesetengah kaunselor takut untuk mencuba teknik baru atau lain daripada
sepatutnya. Sama ada ia mencabar klien mereka dari segi kognitif atau fisikal,
seperti memberi tugasan, atau terlibat dalam sesi peranan, kaunselor berasa
takut bahawa mereka akan menyakiti atau mengelirukan klien mereka jika mereka
cuba memperkenalkan kemahiran atau idea baru. Kaunselor seharusnya mengadakan
sesi yang bersesuaian dengan klien tanpa kaunselor mengadaikan had-had klien
dari segi fizikal dan mental. Malah, klien mungkin akan sedar kesusahan
kaunselor untuk memahami klien, dan mula menghargai pengorbanan dan usaha kaunselor
untuk mengubah cara sesi kaunseling.
6.0 Cara-Cara Kaunseling Bagi Ibu Bapa
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Pada
zaman ini, kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas ini sudah
mampu untuk menerima kenyataan tentang anak-anak mereka dan boleh mempelajari
cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang dialami oleh anak-anak mereka.
Namun begitu, mereka juga masih mempunyai perasaan sedih dan pada awalnya akan
berasa sedikit sukar untuk menyesuaikan diri untuk menjaga anak mereka yang
berkeperluan khas kerana golongan ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi
berbanding anak-anak normal yang lain. Hal ini berlaku bukan kerana mereka
tidak menyayangi anak mereka tetapi ini merupakan satu lumrah dan takdir yang
agak pahit yang perlu ditelan oleh para ibu bapa golongan istimewa ini. Oleh
itu, para kaunselor perlulah membantu ibu bapa kepada anak-anak berkeperluan
khas ini agar mereka lebih sabar dan gigih dalam melayani anak-anak mereka. Ibu
bapa mungkin akan berasa terkejut, tidak percaya dan tidak yakin dengan masa
depan anak-anak mereka. Jadi, dengan pertolongan daripada kaunselor, ibu bapa
akan lebih percaya kepada kemampuan anak-anak mereka yang unik kerana sokongan
daripada ibu bapalah yang paling penting buat anak-anak istimewa tersebut.
Antara
cara yang boleh digunakan semasa mengadakan sesi kaunseling bersama-sama ibu
bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas ialah dengan menggalakkan dan membantu
ibu bapa tersebut agar mengetahui lebih lanjut tentang
kekuatan,limitasi,prognosis dan kekurangan anak-anak itu sendiri. Ibu bapa
perlu didedahkan agar lebih peka tentang kelebihan dan kekurangan anak-anak
mereka. Tidak bermakna apabila anak mereka berkeperluan khas, anak-anak itu
tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Hal ini kerana, setiap orang itu pasti
mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri. Oleh itu, ibu bapalah yang perlu
mengenalpasti keunikan itu agar anak itu dapat diberikan sepenuh perhatian dan
dorongan untuk terus bersemangat menjalani kehidupan ini. Ibu bapa juga
perlulah peka dan cakna akan limitasi dan kekurangan anak istimewa itu agar
tidak berlaku sebarang masalah ataupun kecederaan terhadap anak-anak itu
sendiri.
Selain
itu, seseorang kaunselor juga perlu membantu ibu bapa dalam mengawal perasaan
dan tingkah laku. Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa kepada anak-anak
berkeperluan khas. Namun begitu, ibu bapa perlulah sabar dan tekun membesarkan
anak-anak mereka supaya anak-anak itu berasa lebih selamat. Ibu bapa tidak
seharusnya menjadi pemarah dan memukul anak-anak istimewa mereka apabila
anak-anak itu melakukan kesilapan. Golongan istimewa ini sememangnya istimewa
dan tahap pemikiran mereka tidak sama dengan manusia normal. Maka, ibu bapa
sebagai anggota keluarga yang paling dekat hendaklah sentiasa mengawal perasaan
dan tingkahlaku mereka terhadap anak-anak berkeperluan khas.
Menasihati
ibu bapa tentang sumber negeri, daerah atau
komuniti yang tersedia untuk pendidikan, perubatan, emosi dan bantuan
kewangan juga merupakan salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh seorang
kaunselor. Para kaunselor bolehlah mendedahkan ibu bapa kepada badan-badan yang
menjaga kebajikan anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, Jabatan Kebajikan
Masyarakat yang ditubuhkan pada 1946 bertanggungjawab untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang penyayang. Jabatan ini berurusan dengan perkhidmatan
kebajikan dan bertanggungjawab terhadap Dasar Kebajikan Negara yang mengandungi
rujukan ke arah pewujudan dan peningkatan peluang yang adil dan saksama. Antara
lain, jabatan ini turut menyediakan penjagaan dan pemulihan kepada golongan
yang lemah termasuk kanak-kanak, keluarga dan orang kurang upaya, mangsa
bencana alam dan warga tua. UNICEF bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk mempromosi hak asasi kanak-kanak dan penglibatan mereka serta
menubuhkan persekitaran yang terjamin kepada kanak-kanak di Malaysia.
Di
samping itu, kaunselor juga wajarlah membantu ibu bapa menetapkan jangkaan yang
realistik terhadap anak-anak. Ibu bapa tidak boleh terlalu mengharapkan
anak-anak istimewa mereka untuk menjadi seperti anak-anak normal. Hal ini
kerana anak-anak istimewa memerlukan lebih banyak masa dan perhatian yang secukupnya
untuk standing dengan kanak-kanak sebaya mereka. Ibu bapa perlulah sedar akan
kekurangan dan kelebihan anak-anak mereka supaya tidak terlalu membebankan
kanak-kanak itu sendiri untuk menempuh kehidupannya. Oleh itu, sebagai
kaunselor yang prihatin, bantulah ibu bapa agar mereka dapat melihat dan
mencorak jangkaan yang boleh dicapai buat anak-anak mereka.
Seterusnya,
semasa sesi kaunseling juga, kaunselor perlulah menggalakkan ibu bapa agar melihat
anak-anak mereka sebagai individu yang unik dan mempunyai hak serta potensi
yang membolehkan mereka membuat keputusan tentang kehidupan mereka. Ibu bapa
tidak seharusnya terlalu mengawal dan mengongkong anak-anak mereka. Tidak
dinafikan bahawa ramai ibu bapa yang terlalu mengawal anak-anak istimewa mereka
sehinggakan anak-anak itu berasa tidak berdaya dan berasa diri mereka terlalu
lemah untuk melakukan sesuatu perkara. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku
kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan emosi anak-anak itu sendiri.
Sebagai
seorang kaunselor, mereka juga wajarlah memberitahu ibu bapa agar menyertai kumpulan
ibu bapa lain yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas. Dalam kumpulan itu,
para ibu bapa akan mendengar perkongsian dan juga pengalaman yang dilalui oleh
ibu bapa yang lain. Dari situ, ibu bapa dapat mengerti perasaan dan masalah
yang dihadapi oleh setiap ibu bapa serta mampu memberikan lebih motivasi untuk
lebih sabar dalam membesarkan anak-anak istimewa itu. Ibu bapa juga dapat
menerima pelbagai tips dan info penting yang mungkin dapat digunakan terhadap
anak-anak mereka. Dengan ini, ibu bapa akan lebih sedar bahawa bukan mereka
sahaja yang diuji sebegitu rupa dan akan terus tabah dan bersemangat untuk
menjaga anak-anak mereka.
7.0 Rumusan
Kajian
yang lebih lanjut perlulah dijalankan supaya kaunseling kanak-kanak
berkeperluan khas ini akan lebih efektif. Kita hendaklah sedar bahawa anak-anak
berkeperluan khas ini juga berhak untuk belajar, menikmati kehidupan, menjadi
berdikari dan memenuhi kehendak mereka untuk kehidupan seharian seperti
kanak-kanak lain. Mereka mempunyai hak dan peluang yang sama dalam proses
tumbesaran dan pembelajaran. Mereka juga memerlukan kehendak yang sama seperti
kanak-kanak normal. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, mereka wajarlah
dilayan dengan baik oleh semua pihak terutama sekali ibu bapa yang menjaga
mereka. Bagi ibu bapa yang tidak boleh menerima hakikat, perasaan sedih dan
kecewa akan sentiasa ada dengan mereka sepanjang pembesaran anak-anak istimewa
mereka.
Perasaan
ini akan menjadi lebih kuat apabila tradisi normal seperti hari kelahiran atau
hari pertama ke sekolah. Ibu bapa akan melihat anak-anak normal lain melakukan
sesuatu perkara dengan mudah manakala anak mereka sukar untuk berbuat demikian.
Maka, akan wujud perasaan marah dan sedih di hati mereka. Oleh itu, janganlah
menjadi ibu bapa yang sedemikian rupa. Ibu bapa perlulah sentiasa tabah dan
perlu memberikan semangat kepada anak-anak istimewa mereka. Setiap manusia
perlu belajar perkara yang selama ini tidak pernah terlintas di fikiran mereka,
begitu juga dengan anak-anak berkeperluan khas ini. Kesimpulannya, marilah
bersama-sama kita mengambil kesedaran dan iktibar
sepanjang membesarkan anak-anak istimewa kerana mereka merupakan anugerah dan
ujian Tuhan kepada seseorang. Jadilah seorang kaunselor yang prihatin dan
sentiasa membantu orang lain terutama golongan berkeperluan khas agar mendapat
balasan yang setimpal dengan kebaikan yang dilakukan.
Credit to:
MOHD AMIRUL BIN AHMAD
FATHMALYN ABDULLAH
NURUL NADIA BINTI MOHD HAMDAN AFANDI
NUR SARAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NUR SOBRINA AIMAN BINTI AHMAD SHUKRI
No comments:
Post a Comment