Bab 3 : Pengurusan Pembelajaran

DEFINISI PENGURUSAN
Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Mary Parker Follet (1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain. Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.

DEFINISI PEMBELAJARAN
Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Bowerdan Hilgard (1981) sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. Fryetal (2003) Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

Definisi Pengurusan Pembelajaran
Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012)


Kepentingan Pengurusan Pembelajaran
1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan


KONSEP MENGURUS PEMBELAJARAN
Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah :
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi  pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang aktiviti penilaian.

2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian

3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.

4.  Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.


Proses dan Kepentingan
Ø Persediaan rancangan kerja
Ø Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Ø Fungsi pelaksanaan pelajaran
Ø Kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran


Persediaan Rancangan Kerja
- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)
- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.
- Penyediaan buku rekod dan jadual
- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P
- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.
- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.


Fungsi-Fungsi Pembelajaran
Menurut Benjamin S Bloom “ pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama”  iaitu :
a) Bidang kognitif
- Melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan/maklumat,pengertian  dan pemikiran.
- Berkembang dari pengetahuan yang mudah kepada  paras kegiatan mental yang lebih tinggi.
- Ada enam elemen taksonomi Bloom iaitu:
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi (pemikiran aras rendah), Analisis, sintesis, penilaian(pemikiran aras tinggi).

Hieraki Taksonomi Bloom

 



b) Bidang psikomotor
² Psikomotor melibatkan fungsi otot dan kekuatan fizikal
² Berkaitan dengan aktiviti menulis,memukul dan lain-lain
² Antara aspek penilaian psikomotor :
             - Meniru
- Menyusun
- Melakukan dengan prosedur
- Melakukan baik dan tepat
- Melakukan tindakan secara alami

c)  Bidang afektif

Objektif  berhubung  dengan  sikap, penikmatan , nilai dan emosi.
pembelajaran akan tercapai  sekiranya  pelajar dapat membentuk sikap positif.
Mengikut Davi R.Krathworth dan  rakan-rakan(1964), ada  5 domain afektif

Domain Afektif :
1. Menerima
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Mengelola
5. Perwatakan

No comments:

Pembimbing Rakan Sebaya

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Pembimbing rakan sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asa komunikasi ...