Wednesday, 3 January 2018

Teori IQ

Teori IQ yang berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan visual-linguistik pula mengandaikan bahawa potensi intelek seseorang individu itu telah adalah tetap. Hal ini kerana ianya ditetapkan secara genetik dan boleh diukur pada usia yang muda serta akan menentukan potensi seseorang individu.

IQ digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan intelek seseorang individu. IQ merujuk kepada skor yang diperoleh oleh seseorang individu dalam sesuatu ujian kecerdasan intelek yang diduduki olehn individu tersebut. Ujian ini ditentukan berdasarkan peringkat umur individu.

Ahli psikologi Perancis, Binet & Simon (1905) telah menyediakan Ujian Binet-Simon bagi mengukur IQ. Menjelang abad ke-20, semakin ramai yang menggunakan Ujian Binet-Simon dalam menjalankan kajian psikologi ke atas tahap kecerdasan intelek. Ujian ketenteraan iaitu ujian Alpha dan Beta-Binert yang digunaka untuk menaksir personal ketenteraan semakin popular digunakan dalam kajian psikologi ke atas IQ.

Selain itu, Ujian Wechler Scale juga telah menjadi salah satu instrumen semakin popular digunakan oleh penyelidik bagi mengukur tahap IQ dalam bidang psikologi. Ujian ini telah menggunakan materialdaripada Ujian Alpha dan Beta-Binet. Ciri penting yang terdapat pada ujian ini ialah mengambil kira peringkat umur seseorang individu dalam menentukan tahap intelek mereka.

Pembimbing Rakan Sebaya

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Pembimbing rakan sebaya ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asa komunikasi ...