1.0 PENDAHULUAN
Menurut Raymond S (1997) Disleksia atau gangguan membaca ialah kesukaran belajar membaca dengan lancar dan tidak mempunyai kefahaman yang tepat walaupun kecerdasan individu tersebut normal atau melebihi purata. Hal ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi, fonologi penyahkodan, kelajuan pemprosesan, coding dengan sistem ejaan, pendengaran ingatan jangka pendek, kemahiran bahasa atau kefahaman lisan serta penamaan pesat.
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit yang serius dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini telah dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan oleh tahap kecerdasan yang lemah tetapi seseorang disleksia hanya mampu mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak seorang individu dengan cara yang berbeza berbanding individu normal.
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Menurut Haymond L & Hughes “disleksia ialah satu ‘disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek mereka.
Selain itu terdapat juga beberapa kategori berkaitan dengan disleksia antaranya ialah Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik. Selain itu, Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam bahasa dan Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam koordinasi moto-mata-tangan. Disleksia merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. Orang yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya terutamanya oleh seorang guru.
Orang disleksia tidak dapat membezakan perbezaan atau persamaan bunyi, perkara yang dilihat dan tidak dapat mengingat dengan baik visual yang dilihat. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan yang tidak berstruktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat seperti kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun. Kadang-kadang mereka berupaya bertutur dengan baik. Sebahagian daripada kanak-kanak disleksia tidak boleh membaca dan menulis dengan baik dengan kata lain tidak dapat menguasai kemahiran 3M.
Jika diberi arahan, tidak dapat mengingati arahan yang diberikan dan tidak dapat bertindak mengikut arahan. Pelajar terbabit adalah seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar memahami konsep masa. Konsep kendiri orang disleksia pula sangat rendah. Kemahiran pergerakan juga lemah seperti tidak boleh menyambut barang yang diberikan dan sukar membaling barang. Kadang-kadang pengetahuan am mereka sangat baik dan suka berangan-angan dan pencapaian mata pelajaran bahasa mereka juga adalah gagal.
2.0 LITERATUR BERKAITAN DISLEKSIA
2.1 Ciri-ciri Individu Disleksia
i) Masalah Dalam Ejaan
Kebiasaannya, individu yang mempunyai masalah disleksia akan menghadapi masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis dan sukar untuk membunyikan huruf vokal dan selalu meninggalkannya, contohnya could dieja cold
ii) Masalah Dalam Ingatan
Selain itu, individu disleksia akan bermasalah dalam ingatan jangka pendek dan sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusiang dalam otak mereka. Dengan kata lain, mereka akan selalu gagal dalam menyusun maklumat dan juga bermasalah dalam mengingati susunan hari, bulan, tahun, dan sewaktu dengannya.
iii) Masalah Dalam Membaca
Individu yang menghadapi disleksia juga akan mengalami masalah dalam membaca. Mereka akan membaca terlalu cepat dengan sebutan yang tidak tepat atau tahap bacaan lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan keterbalikkan, kesan lingkaran cahaya, kesan bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan. Selain itu, mereka juga akan sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama, contohnya, form disebut from dan mereka juga tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan seperti noktah, koma dan lain-lain.
2.0
iv) Masalah Dalam Menyalin Nota
Tambahan lagi, individu ini juga akan lambat dalam menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan. Selain itu, mereka akan keliru dengan abjad, menulis terbalik contohnya "b" dan "d", "a" dan "c", "m" dan "w", "p" dan "q" dan begitu juga dengan menulis nombor iaitu menulis dengan terbalik, contohnya "12" ditulis "21"
v) Masalah Visual Motor
Cara mereka memegang pensel adalah berlainan, iaitu mereka akan memegang pensel dengan cara yang luar biasa, meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk semasa menulis. Selain itu, mereka juga sering memegang pensel dengan kuat sehingga mengalami kesakitan pada jari dan akan meletakkan kepala di atas meja untuk melihat hujung mata pensel semasa menulis. Selain itu, mereka agak sukar menulis di atas garis yang lurus. Akan tetapi, walaupun mereka mempunyai kelemahan dari segi berikut, mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Contohnya, mereka mahir dalam lukisan atau rekaan.
2.2 Punca atau Faktor yang Menyebabkan Disleksia
i) Keturunan atau Baka
Disleksia terjadi disebabkan oleh masalah keturunan dan dapat dikaitkan dengan kromosom 6. Masalah disleksia boleh diwarisi, namun darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian telah membuktikan bahawa selain kromosom 6, disleksia yang disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 juga boleh diwarisi secara turun-temurun (Shaywitz, 2003).
Seterusnya dalam kebanyakan kes yang dijumpai, kanak-kanak disleksia adalah diwarisi melalui ahli keluarga yang mempunyai sifat-sifat tersebut walaupun darjah pewarisannya adalah berbeza-beza. Masalah disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak yang mengalami disleksia ini dan hal ini dibuktikan dengan kajian ke atas 12 kes pasangan kembar dan mendapati kesemua keluarga tersebut menghadapi masalah bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
ii) Aspek Biologi
Kesukaran ibu semasa melahirkan anak juga menyumbang kepada berlakunya disleksia. Hal ini dapat dilihat apabila bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan berkemungkinan untuk mengalami kekurangan oksigen semasa dilahirkan dan menyebabkan berlaku kompilasi terhadap otaknya. Keadaan ini akhirnya menjadi punca kelambatan dan kerosakan pada bahagian otak dan menyebabkan bayi tersebut mengalami masalah pembelajaran apabila umurnya semakin meningkat.
iii) Masalah Berkaitan Otak
Ramai pakar percaya bahawa masalah disleksia terjadi apabila kedua-dua belah otak mempunyai bahagian bahasa yang agak besar. Apabila kedua-dua belah otak yang disambungkan oleh korpus kolosum (satu perjalanan isyarat saraf yang berulang alik) menjadi sesak, maka maklumat yang diterima oleh kanak-kanak atau individu menjadi sukar. Hal ini seterusnya menyebabkan otak tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan masalah disleksia berlaku.
iv) Masalah Perkembangan
Seterusnya, punca berlakunya disleksia ialah dari segi perkembangan. Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkembangannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
v) Penyakit Semasa Umur Kanak-kanak
Punca yang seterusnya adalah penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak. Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh yang lama dan berterusan akan mendatangkan impak yang negatif kepada kanak-kanak dari segi kesihatan dan perkembangan mereka. Contohnya adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh mereka bertambah kronik, perkembangan kanak-kanak pada masa yang akan datang akan terjejas malahan boleh menyebabkan gangguan dalam pembelajaran seterusnya akan berlakunya kanak-kanak disleksia.
2.3 Instrumen Terapi
Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) adalah merupakan ujian saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia.
TUJUAN ISD
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk membekalkan perkhidmatan kepada murid-murid yang mengalami masalah disleksia. Langkah awal ke arah ini, adalah mengenal pasti murid atau kumpulan murid yang mengalami kebarangkalian disleksia. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah. Hal ini adalah kerana masalah disleksia hanya dapat dikesan apabila kanak-kanak yang mengalami masalah memasuki alam pendidikan. Kebanyakan murid-murid disleksia dikenal pasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi; klinikal perubatan atau psikologi pendidikan. Mereka ini dikenal pasti melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat. Penggunaan instrumen ini adalah tertakluk kepada peraturan hak cipta. Fenomena ini telah mendorong BP Khas membina dan mengeluarkan satu sebagai instrumen bagi menyaring murid-murid disleksia. Instrumen ini dikenali sebagai Instrumen Senarai Semak Disleksia atau singkatannya, ISD.
KANDUNGAN ISD
ISD dibina berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri:
1. Kecerdasan mental yang normal.
2. Memperoleh pencapaian prestasi akademik yang rendah.
3. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.
4. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang diterima oleh umum.
5. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebaya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik.
Berasaskan kepada teori ini, kerangka ISD telah dibina dalam tiga (3) elemen. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
ELEMEN 1 Mengukur persepsi terhadap penguasaan membaca,mengeja dan menulis. ELEMEN 2 Mengukur persepsi terhadap kebolehan atau kecerdasan kognitif (kekuatan sedia ada) murid.
ELEMEN 3 Mengenal pasti ciri-ciri spesifik disleksia yang terdapat pada seseorang murid.
PENGOPERASIAN ISD
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengoperasikan ISD antaranya ialah:
i) PENCALONAN
Proses pencalonan boleh dilakukan oleh sama ada daripada guru-guru kelas atau guru-guru yang lain mahupun daripada ibu bapa murid sendiri. Apabila guru Bahasa Melayu menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang berkenaan, maka pengoperasian ISD boleh dilaksanakan. Di samping menerima pencalonan daripada pihak-pihak yang lain, guru-guru Bahasa Melayu juga boleh mengoperasi ISD ini sekiranya beliau mendapati murid atau kumpulan murid yang dalam perhatiannya berkemungkinan menghadapi masalah disleksia. Setelah guru Bahasa Melayu mengoperasi ISD, Guru Bahasa Melayu hendaklah memberi skor kepada respons murid. Kemudian ISD yang telah diberi penskoran diserahkan kepada Guru Penyelaras atau Guru Disleksia. PERUMUSAN Apabila Guru Penyelaras atau Guru Disleksia menerima ISD yang telah diberi penskoran daripada Guru Bahasa Melayu, Guru Penyelaras atau Guru Disleksia hendaklah merumuskan penskoran yang berkenaan. Hasil daripada rumusan ini Guru Penyelaras akan mengenal pasti sama ada murid yang berkenaan berkemungkinan mengalami kebarangkalian disleksia atau sebaliknya.
ii) PELAPORAN
Guru Penyelaras akan melaporkan rumusan ISD kepada Guru Besar atau Pihak Pentadbir sekolah. Guru Besar atau pihak pentadbir sekolah hendaklah menyerahkan pelaporan serta keputusan ISD serta borang pengesahan pengamal perubatan kepada ibu bapa murid yang berkenaan. Kemudian, pihak ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan dicadangkan supaya membawa anak bawah jagaan mereka berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan khidmat kepakaran.
PENGESAHAN PENGAMAL PERUBATAN
Keputusan ISD yang menyatakan bahawa seseorang murid itu berkemungkinan mengalami kebarangkalian masalah disleksia ini perlu mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan. Hal ini demikian adalah bertepatan dengan keperluan peraturan pendidikan khas yang mengkehendaki seseorang murid pendidikan khas itu terlebih dahulu disahkan kategori permasalahannya oleh pengamal perubatan. Setelah murid ini mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan, proses penempatan murid program disleksia boleh diteruskan.
Cara pentadbiran ISD
Instrumen ini terdiri dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
BAHAGIAN A
Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item tentang biodata murid. Bahagian ini perlu diisi oleh guru Bahasa Malaysia atau guru penilai yang berkenaan mengikut keperluan contohnya situasi ketiadaan guru Bahasa Inggeris dalam tempoh masa yang lama.
BAHAGIAN B
Bahagian ini merupakan bahagian yang mengandungi item-item senarai semak. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga elemen. Jumlah item dalam bahagian ini ialah 50 item, yang merangkumi 20 item dalam Elemen 1, 20 item dalam Elemen 2 dan 10 item dalam Elemen 3.
CARA MENTADBIR
Bahagian A adalah merupakan bahagian yang memperincikan tentang biodata murid. Bahagian ini hendaklah diisi oleh sesiapa sahaja yang membuat penilaian terhadap murid, tetapi di sini adalah dicadangkan sebaik-baiknya oleh Guru Bahasa Malaysia. Bahagian ini hendaklah diisi sebagaimana dalam catatan di bawah:
NAMA MURID
Nama murid hendaklah ditulis di dalam petak yang disediakan dengan huruf besar.
JANTINA
Jantina murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan.
STATUS MURID
Status murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan.
TAHUN PERSEKOLAHAN
Tahun persekolahan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. Kemudian, catatkan nama kelas murid seperti 1 Mawar atau seumpamanya.
KETURUNAN
Keturunan murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan.
KEDATANGAN SEKOLAH
Kedatangan sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan .
PENCAPAIAN AKADEMIK
A
|
80-100
|
|
B
|
60-79
|
|
C
|
40-59
|
|
D
|
20-39
|
|
E
|
0-19
|
|
Pencapaian akademik murid di tandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan mengikut gred pencapaian peperiksaan terakhir murid yang berkenaan.
NAMA SEKOLAH
Nama sekolah murid ditulis di petak yang disediakan
LOKASI SEKOLAH
Lokasi sekolah murid ditandakan dengan tanda palang (/) di dalam petak yang berkenaan. NEGERI Negeri di mana sekolah murid itu terletak ditandakan dengan tanda palang (/) di dAalam petak yang berkenaan.
DAERAH
Daerah di mana terletaknya sekolah murid yang berkenaan ditulis di dalam petak yang disediakan.
NAMA GURU BAHASA MELAYU ATAU GURU PENILAI
Nama Guru Bahasa Malaysia atau Guru Penilai yang mengoperasikan ISD ditulis dengan huruf besar di dalam petak yang disediakan.
TARIKH
Tarikah pelaksanaan ISD hendaklah dicatatkan pada ruang yang disediakan.
TANDA TANGAN GURU BAHASA ATAU GURU PENILAI
Setelah selesai melengkapkan Bahagian A ini, Guru Bahasa Malaysia atau Guru Penilai hendaklah menandatangani dokumen yang berkenaan pada ruang yang disediakan.
BAGAIMANA MENTADBIR BAHAGIAN B
Bahagian B terdiri daripada 3 elemen.
Elemen 1: Tahap penguasaan Kemahiran mengeja, membaca dan menulis.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA 20 KEMAHIRAN MENGEJA
Mengeja Perkataan Mudah Murid seharusnya dapat mengeja perkataan mudah. Perkataan mudah bermaksud perkataan asas yang seharusnya ada pada seseorang murid, tahap perbendaharaan kata adalah berdasarkan umur murid.
Tahun
|
Perkataan Mudah
|
Tahun 1
|
baju, emak, rumah, muka, nama sendiri dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1
|
Tahun 2
|
acara, bagai, bayi, dahaga, jendela dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2.
|
Tahun 3
|
sangkar, tandan, abang, beku dan seperti yang terkandung dalam senarai perbendaharaan kata Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3
|
Mengeja Perkataan Tidak Sebagaimana Yang Dikehendaki.
Contoh:-
Ejaan Yang Dikehendaki
|
→
|
Ejaan Murid
|
Baju
|
→
|
Batu
|
Sama
|
→
|
Sana
|
Lagu
|
→
|
Laju
|
Kepak
|
→
|
Kapak
|
Sekolah
|
→
|
Selekoh
|
3. Menyusun Abjad Tidak Mengikut Dalam Perkataan Sebagaimana Yang Sepatutnya.
Murid sering melakukan kesilapan dalam menyusun abjad ketika mengeja perkataan. Contohnya jika guru meminta mereka mengeja perkataan “nasi”, murid akan menyusun abjad dalam ejaan ‘nasi’ menjadi “sain” atau “nsai” yang tidak mengikut urutan ejaan perkataan ‘nasi’ sebagaimana yang sepatutnya. Contoh perkataan-perkataan lain:-
Susunan Abjad Yang Sepatutnya
|
→
|
Ejaan Murid
|
Sabun
|
→
|
Basun
|
Dalam
|
→
|
Ldmaa
|
Arnab
|
→
|
ranab
|
Kesilapan Meletakkan Suku Kata Dalam Perkataan Murid sering melakukan kesilapan dalam meletakkan suku kata dalam perkataan. Contohnya jika guru meminta murid mengeja perkataan “pasu”, murid sering akan meletakkan suku kata dalam perkataan pasu, iaitu suku kata “pa” dan suku kata “su” menjadi susunan “supa” yang tidak mempunyai kaitan dengan perkataan asal atau mempunyai makna yang lain daripada makna asal.
Contoh perkataan yang lain:
Tisu
|
→
|
Suti
|
Buta
|
→
|
Tabu
|
Buka
|
→
|
Kabu
|
Perkataan Guru
|
|
Perkataan Murid
|
|
Suku Katat
(Sepatutnya)
|
|
Suku Kata
(Murid)
|
dapat
|
→
|
padat
|
|
da
|
→
|
pat
|
|
→
|
|
|
pat
|
→
|
dat
|
pakaian
|
→
|
pakayan
|
|
ian
|
→
|
yan
|
almari
|
→
|
lamari
|
|
al
|
→
|
la
|
Tidak Boleh atau Keliru dalam Membezakan Bunyi Abjad Yang Hampir Sama Yang Terdapat Dalam Suku Kata Murid tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi-bunyi abjad yang hampir sama.
Kemahiran Membaca Tahap kebolehan membaca murid agak rendah berbanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini adalah merujuk kepada keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya murid Tahun Satu. Masalah Murid Dalam Membaca Teks Panjang.
Murid Membaca Ayat Tanpa Menghiraukan Tanda Baca Yang Ada. Murid sering meninggalkan perkataan yang tertentu semasa membaca teks panjang. Teks panjang di sini merujuk kepada teks yang mengandungi ayat lebih daripada 6 baris.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
Murid sering kali menyebut perkataan lain daripada perkataan yang sepatutnya dibaca semasa membaca teks yang panjang. Perkataanperkataan tersebut mungkin sukar dieja oleh murid tersebut. Murid Sering Kali menambah Perkataan Sendiri Dalam Ayat Yang Dibaca. Murid membaca ayat secara melangkau baris dengan meninggalkan baris-baris ayat yang tertentu dalam teks panjang. Sekiranya guru kurang pasti, guru boleh membina teks sendiri yang mengandungi lebih daripada 6 baris.
Murid Tidak Boleh Membaca Perkataan Yang Mengandungi :
I. Vokal Berganding Contoh :daun, cium, baik, buih dan sebagainya
II. Diftong Contoh: dia, air, pulau, misai dan sebagainya
III. Diagraf / Konsonan Berganding Contoh: Khamis, syarikat, trafik dan sebagainya
Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa was-was atau teragak-agak kerana kurang yakin, sama ada ayat yang dibaca itu betul atau salah.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
Kemahiran Menulis Masalah Yang Sering Dialami Oleh Murid Yang Kebarangkalian Mengalami Masalah Disleksia Dalam Penguasaan Kemahiran Menulis
Hasil kerja murid tidak kemas contohnya saiz tidak seragam,margin antara huruf atau perkataan antara baris tidak seragam, tidak seragam dalam membentuk huruf dan kerja bertulis kotor.
(i) Murid mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil.
Contoh: ruMaH, BuaT
(ii) Murid menulis dengan tidak mengikut garisan
(iii) Saiz huruf yang ditulis tidak sama besar.
Contoh: saYa maKan
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
(i) Murid tidak berupaya menyalin semula secara lengkap maklumat yang ditulis di papan hitam.
(ii) Murid tidak berupaya menulis maklumat yang di perdengarkan atau yang disebut oleh guru
Tulisan murid sukar dibaca.
(i) Bentuk abjad tidak jelas
(ii) Tidak ada jarak satu perkataan dengan perkataan yang lain.
Contoh: sayamakannasi
(iii) Kedudukan huruf tidak teratur.
Murid tidak dapat menyaingi kebolehan menulis setanding dengan rakan sebayanya. Rakan sebaya di sini bermaksud keseluruhan murid pada tahun yang sama contohnya Tahun Satu.
MANUAL INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
Murid menulis secara terbalik.
(i) Abjad-abjad tertentu. Contohnya
Abjad
|
|
Tulisan Murid
|
b
|
→
|
D
|
u
|
→
|
N
|
m
|
→
|
W
|
p
|
→
|
Q
|
(ii) Perkataan terbalik. Contoh:
Abjad
|
→
|
Tulisan Murid
|
Sama
|
→
|
Masa
|
Buku
|
→
|
Kubu
|
Duku
|
→
|
Kuda
|
Elemen 2: Kekuatan Murid
Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berinteraksi secara lisan dengan guru dan rakan-rakan serta tidak menghadapi masalah dalam menyebut contohnya gagap, pelat.
Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan secara lisan dengan baik, iaitu : Jawapan murid menepati kehendak soalan Apa-apa penjelasan yang difikirkan sesuai.
Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan keperihalan gambar atau gambar-gambar yang ditunjukkan mahupun yang ditayangkan. (i) Cerita yang dihasilkan menepati gambar atau gambar-gambar.
Berdasarkan pemerhatian guru:
(i) Murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang baru.
(ii) Suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan sebagainya.
(iii) Murid menunjukkan sikap ingin mencuba yang tinggi
Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan berkomunikasi secara lisan setanding dengan rakan sebayanya:
Berdasarkan pemerhatian guru, murid berpotensi di dalam bidang-bidang yang tertentu;
(i) Seni – nyanyian, menulis, kraf tangan dan sebagainya.
(ii) Sukan- permainan, olahraga.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan keupayaan berkomunikasi dengan baik, mampu melahirkan pendapat tetapi pencapaian akademiknya rendah.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid memperlihatkan keupayahan mengutarakan pandangan serta idea.
Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berupaya melahirkan idea dalam bentuk tulisan. Contoh: Isi-isi karangan tidak tersusun.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid melakukan banyak kesalahan bahasa walaupun isi kandungan murid baik.
Berdasarkan penilaian guru, murid menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek-subjek isi kemahiran berbanding subjeksubjek akedemik.
Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan.
Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menceritakan semula petikan yang telah diperdengarkan semula.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid menunjukkan kreativiti dalam penghasilan sesuatu tugasan / tindakan.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid berkeupayaan menyesuaikan diri dengan rakan-rakannya.
Berdasarkan pemerhatian guru, murid dapat bertindak-balas terhadap pelbagai situasi yang diberikan kepadanya.
Contoh:
(i) Latihan kebakaran.
(ii) Aktiviti simulasi
(iii) Dan sebagainya
Berdasarkan pemerhatian dan penilaian guru, murid berkeupayaan membuat ramalan jawapan mengenai sesuatu situasi yang dikemukakan.
Berdasarkan penilaian guru, murid berkeupayaan menjawab soalan-soalan yang berkaitan isu-isu semasa dan pengetahuan am melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, perbincangan dan sebagainya.
Berdasarkan pemerhatian guru :
(i) murid sering bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara yang baru.
(ii) suka mencuba sesuatu perkara yang baru dan sebagainya.
(iii) murid sering mengajukan soalan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara atau topik baru.
(iv) murid menunjukkan sikap ingin tahu dan mencuba yang tinggi.
(v) memperlihatkan apa-apa tindak balas tingkah laku yang menunjukkan minat.
Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
Murid enggan melakukan sesuatu sama ada secara bersendiri atau bila disuruh kerana menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya.Apabila disuruh melakukan apa-apa aktiviti menulis atau membaca murid bersikap menolak dengan memberi alasan yang sukar diterima.
Contohnya:
(i) Tangan sakit kerana enggan menulis
(ii) Sakit gigi kerana enggan membaca
(iii) Demam
(iv) Sakit perut
(v) Ingin ke tandas dan sebagainya
Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif,
(i) Membuang kertas.
(ii) Menconteng buku.
(iii) Mengoyak kertas.
(iv) Mengusik rakan.
(v) Merosakkan harta benda dan sebagainya.
Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat)
Murid tidak dapat menentukan arah.
Contoh:
(i) Kanan atau kiri
(ii) Atas atau bawah
(iii) Depan atau belakang
Murid tidak boleh menyatakan konsep turutan.
Contoh:
(i) Nama hari dalam seminggu
(ii) Masa dalam sehari
(iii) Nama bulan dalam setahun
(iv) Turutan nombor
Murid tidak boleh menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.
Murid tidak berupaya memahami arahan yang panjang. Murid akan keliru jika menerima arahan terlalu banyak dalam suatu masa.
Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa menjalankan sesuatu aktiviti.
Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan (cemerkap)
Contoh:
(i) Bila berjalan kerap terlanggar sesuatu di persekitaran.
(ii) Kerap menjatuhkan barang.
PENSKORAN ISD
SKOR (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
Skor “1” di berikan kepada jawapan “Ya” dan skor “0” kepada jawapan “Tidak”
Jawapan
|
Skor
|
Ya
|
1
|
Tidak 0
|
0
|
MERUMUS SKOR (DIISI OLEH GURU BAHASA MALAYSIA)
Jumlah skor yang terkumpul perlu dirumuskan mengikut wajaran yang berikut:-
Elemen
|
Julat Skor
|
Skor
|
Elemen 1 : Persepsi tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis
|
0 – 7
8 - 20
|
0
1
|
Elemen 2 : Persepsi terhadap kebolehan murid
|
0- 7
8 - 20
|
0
1
|
Elemen 3 : Ciri-ciri spesifik disleksia yang ada pada murid
|
0 - 3
4 - 10
|
0
1
|
INTERPRETASI ELEMEN
Elemen 1: Persepsi Tahap Penguasaan Kamahiran Mengeja, Membaca dan Menulis.
Skor ‘0’: Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian tidak menghadap masalah mengeja, membaca dan menulis.
Skor ‘1’: Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian menghadapi masalah mengeja, membaca dan menulis.
Elemen 2: Persepsi Terhadap Kebolehan Murid
Skor ‘0’ : Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian mempunyai kognitif di bawah aras murid biasa.
Skor ‘1’ : Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian mempunyai keupayaan kognitif searas atau melebihi murid-murid normal.
Elemen 3: Ciri-Ciri Spesifik Disleksia Yang Ada Pada Murid Murid dianggap berada dalam lingkungan kebarangkalian menghadapi kesukaran. Disleksia terdiri daripada mereka yang mendapat skor seperti berikut:
KECUALI YANG BERIKUT :
Elemen
|
Skor
|
Elemen
|
Skor
|
Elemen
|
Skor
|
Elemen
|
Skor
|
Elemen
|
Skor
|
1
|
1
|
1
|
0
|
1
|
0
|
1
|
0
|
1
|
1
|
2
|
0
|
2
|
1
|
2
|
0
|
2
|
0
|
2
|
0
|
3
|
1
|
3
|
1
|
3
|
1
|
3
|
0
|
3
|
0
|
2.4 Pendidikan
Pendidikan Khas bermaksud perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk individu yang berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdik.
Dibawah Akta Pendidikan 1966, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran serta pendidikan integrasi pula disediakan untuk murid yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran.
Terdapat beberapa peringkat sekolah yang telah disediakan iaitu peringkat pra sekolah, sekolah harian biasa rendah, sekolah harian biasa menengah dan sekolah menengah teknik dan vokasional dengan menggunakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berasingan dan separa inklusif. Tempoh bagi setiap peringkat persekolahan juga adalah berbeza.
3.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR DISLEKSIA
Terdapat pelbagai strategi pengajaran kanak-kanak disleksia di dalam bilik darjah. Tidak semua murid disleksia akan bertindak balas terhadap teknik yang sama, penting untuk guru-guru untuk mempelbagaikan teknik mengikut kesesuaian dan tahap kebolehan kanak-kanak tertentu. Berikut merupakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang boleh diaplikasi di dalam bilik darjah. Pendekatan Secara Individu Pelajar disleksia adalah sangat penting bagi guru untuk memulakan dengan bercakap, mendengar dan memberi perhatian kepada murid mereka. Hal ini membolehkan guru lebih mengenali siapa murid mereka dan pada masa yang sama dapat membina kepercayaan dan keyakinan murid disleksia yang sering mempunyai estim kendiri yang rendah. Apabila murid berasa yakin, adalah mudah untuk guru membimbing dan memberi sokongan dalam proses pembelajaran mereka.
Selain itu, penggunaan pendekatan yang berbeza dari sumber yang pelbagai dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus mahu belajar. Terdapat pelbagai program, bantuan, pakej perisian dan kaedah lain yang boleh guru gunakan dalam pengajaran. Pembelajaran harus melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti mencari, mendengar, bercakap, menyentuh dan lain-lain. Hal ini adalah kerana setiap murid adalah berbeza dan unik yang mempunyai cara belajar yang berbeza.
Disleksia terdapat dalam pelbagai variasi dan berbagai jenis. Sesetengah kanak-kanak disleksia sukar mengingat sesuatu perkara, sebaliknya ada pula yang ingatannya sangat baik. Ada yang mempunyai kemampuan matematik yang baik, sebaliknya pula ada yang lemah. Mereka ini memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh guru atau ibu bapa untuk membantu kanak-kanak disleksia. Antaranya ialah menggunakan Kaedah Multisensori. Kaedah multisensori juga dikenali sebagai kaedah pelbagai deria.
Kaedah pelbagai deria ini juga dikenali sebagai kaedah VAKT yang merupakan akronim bagi:
V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan )
T - tactile (sentuhan)
Sesuatu pengajaran yang baik haruslah melibatkan kepelbagaian deria yang ada dalam diri murid. Deria sentuhan dan pergerakan amat penting dalam sesuatu pengajaran yang bermakna selaras dengan deria penglihatan dan pendengaran.
i) Kaedah Multisensori (VAKT)
Kaedah multisensori untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensori untuk rawatan disleksia.
Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensori iaitu:
• kesedaran fonologi
• gabungan bunyi dan simbol
• pembinaan suku kata
• morfologi
• sintaksis
• semantik
Kaedah multisensori semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.
ii) Kaedah Multisensori, Philomena Ott (1997)
• Murid melihat perkataan menggunakan mata.
• Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat menggunakan mulut.
• Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.
• Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.
• Aktiviti ini perlu diulang sehingga menjadi tabiat.
iii) Kaedah Multisensori Fernald, Coterall (1970)
• Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.
• Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.
• Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.
• Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.
• Murid melipat kertas tersebut.
• Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.
• Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.
• Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.
Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensori ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensori lebih berkesan daripada kaedah fonetik. Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.
Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Disleksia adalah salah satu daripada beberapa jenis kesukaran pembelajaran. Ciri-ciri disleksia memang terdapat pada sesetengah murid, cuma tahap yang dialami mereka berbeza-beza, sama ada teruk, sederhana dan ringan. Antara ciri-ciri disleksia yang paling kerap di alami oleh mereka ialah komponen bermasalah membaca. Perbezaan peratus ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid adalah dipengaruhi faktor jantina, sejarah kesihatan, genetik dan tempoh mengikuti program pendidikan pemulihan. Bagi membantu murid yang mengalami ciri-ciri disleksia guru, ibu bapa dan sesiapa yang terlibat secara langsung harus tahu apakah kesukaran pembelajaran yang di alami oleh kanak-kanak tersebut. Setelah diketahui jenis kesukaran yang dialami, kanak-kanak tersebut haruslah dibimbing dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai dengan keperluannya. Sekiranya bantuan peringkat awal diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia, berkemungkinan kesukaran-kesukaran pemebelajaran yang dialami akan dapat dikawal dan seterusnya diatasi.
Justeru Kementerian Pelajaran sebagai penggubal dasar pendidikan negara perlu menyediakan garis panduan bagi melaksanakan program membantu murid yang mengalami masalah disleksia di sekolah. Bagi melaksanakan program tersebut, Kementerian Pelajaran juga harus menyediakan guru yang mahir dalam bidang pendidikan kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia.
RUJUKAN
1) Hammond, L & Hughes, P. (1990).When Bright Kids Fail: How To Help Children Overcome Specific Learning Difficulties. Australia: Simon and Schuster
2) Raymond, S. (1997). Helping Children Cope with Dyslexia. London: Sheldon Press.
3) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kertas mesyuarat perancangan jangka panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian Pendidikan Malaysia.